8 Amalan Ubat dan Penawar Stress ketika Menghadapi Ujian.

July 08, 2021

8 Amalan Ubat dan Penawar Stress ketika Menghadapi Ujian. 

Ujian yang Allah berikan, antara tujuannya adalah sebagai penghapus dosa-dosa lalu atau mungkin juga untuk menaikkan darjat kita.8 Amalan Ubat dan Penawar Stress ketika Menghadapi Ujian.Namun ada ketikanya, kita terbawa perasaan sehingga terganggu fikiran berhadapan dengan satu-satu ujian. 


Saya sempat dengar ceramah Ust Wadi Annuar dan beliau ada kongsikan 8 amalan ubat dan penawar stress ketika menghadapi ujian. 

Tasbih Faitimah @ Zikir Fatimah

Selawat Tafrijiyah

8 Amalan Ubat dan Penawar Stress ketika Menghadapi Ujian. hidup bergantung pada Allah Hamba Allah Buang cinta Dunia Dunia Sementara Kejar Akhirat
8 Amalan Ubat dan Penawar Stress ketika Menghadapi Ujian. 


8 Amalan Ubat dan Penawar Stress ketika Menghadapi Ujian.


1. Surah Al-Baqarah

-baca surah al-baqarah sebanyak 3x sehari selama 3 hari berturut-turut.

-sekiranya kita hafal surah al-baqarah, boleh pasang surah tersebut sambil kita ikut ulang.


2. Solat berjemaah

-Bagi lelaki: solat berjemaah selama 40 hari

-Bagi perempuan: solat diawal waktu


3. Surah Yassin

-Membaca surah yassin sehari 2x iaitu pagi dan petang

-Dibaca selama 40hari berturut-turut. 

-Amalan ini juga menjadi kebiasaan As-Syahid Dr. Said Ramadan Al-Buti

-Semasa baca, niatkan sekali pertolongan terhadap masalah apa yang kita ingin pohon daripada Allah swt. 


4. Selawat

-Baca selawat sebanyang 1000x sehari selama 40 hari berturut-turut

-selawat paling ringkas juga boleh. 


5. Sedekah kepada Ibu dan ayah

-sedekah yang paling tinggi di dunia ini adalah sedekah pada kaum keluarga.

-Jaga keberkatan rezeki dengan mengutamakan pemberian kepada ibu ayah


6. Istighfar

-Istighfar ini umpama ubat untuk pelbagai penyakit. 

-istighfar sebanyak 1000x sehari


7. Taubat

-Meninggalkan segala perbuatan dosa

-Mohon ampun kepada Allah atas segala kesilapan dan dosa yang dilakukan


8. Solat sunat 2 rakaat

-solat sehingga kita rasa tenang

-solat merupakan pengangkutan paling laju untuk menghubungkan kita pada Allah swt. 

- rujuk surah al-baqarah: 45

-Antara solat yang disarankan adalah solat sunat tasbih


Kata ustaz, boleh pilih mana-mana amalan yang menyenangkan dan mujarab bagi kita. 


Adakah mungkin amalan ini tidak mujarab? Kata ustaz, iya. 


Jika amalan ini tidak memberi sedikit pun kesan baik pada diri kita, maka kita sedang bermasalah dengan pencipta. 


Jalan terbaik adalah dengan memperbaiki hubungan dengan Allah swt dan elakkan dari melakukan 4 perkara di bawah. 


4 amalan penghalang keberkesanan 8 Amalan Ubat dan Penawar Stress ketika Menghadapi Ujian. 

1. Meninggalkan kewajipan atau amalan fardu

-dahulukan yang wajib, kemudian baru tambah dengan amalan sunat.

2. Dimurkai suami

-Suami, berusahalah untuk meredai isteri.

-Isteri, pohonlah reda suami. 

3. Dimurkai ibu ayah

-Utamakan orang tua. 

4. Memutuskan silaturrahim terutamanya antara adik beradik.

-saling bermaafaanlah sesama ahli keluarga dan sesama sahabat yang kita ada.


"Seringkali segala yang disangka sebagai musibah itu hakikatnya ialah rezeki yang tidak terjangka"

-Dr. Kamilin Jamilin-


MOTIVASI DUNIA 

Creadit : Fb Suriati

No comments:

Powered by Blogger.