𝟕 𝐊𝐄𝐏𝐄𝐍𝐓𝐈𝐍𝐆𝐀𝐍 𝐒𝐄𝐋𝐀𝐖𝐀𝐓

July 12, 2021

 𝟕 𝐊𝐄𝐏𝐄𝐍𝐓𝐈𝐍𝐆𝐀𝐍 𝐒𝐄𝐋𝐀𝐖𝐀𝐓

Sabda Rasulullah (S.A.W.) juga yang bermaksud: “Barangsesiapa yang berselawat ke atasku sekali nescaya Allah akan berselawat ke atasnya sepuluh kali”. [Hadith riwayat Imam Muslim daripada Abu Hurairah r.a]
sahih ke ustaz?
Jawapan:
Ia hadis sahih.
عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ، أَنَّ رَسُولَ اللَّهِ صلى الله عليه وسلم قَالَ " مَنْ صَلَّى عَلَىَّ وَاحِدَةً صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ عَشْرًا " .
Daripada Abu Hurairah radiallahu 'anhu, Rasulullah sallallahu 'alaihi wa sallam bersabda: Sesiapa yang berselawat sekali kepada ku, Allah akan berselawat kepadanya 10 kali.
[Sahih Muslim, Kitab al-Solat, Bab Al-Solat 'Alan Nabiy..., hadis no: 408].


𝟕 𝐊𝐄𝐏𝐄𝐍𝐓𝐈𝐍𝐆𝐀𝐍 𝐒𝐄𝐋𝐀𝐖𝐀𝐓 fadilat berselawat Nabi beri syafaat  cara untuk mendapat syafaat nabi di akhirat
 𝟕 𝐊𝐄𝐏𝐄𝐍𝐓𝐈𝐍𝐆𝐀𝐍 𝐒𝐄𝐋𝐀𝐖𝐀𝐓




 𝟕 𝐊𝐄𝐏𝐄𝐍𝐓𝐈𝐍𝐆𝐀𝐍 𝐒𝐄𝐋𝐀𝐖𝐀𝐓

𝟏- 𝐏𝐄𝐑𝐈𝐍𝐓𝐀𝐇 𝐀𝐋𝐋𝐀𝐇

surah Al-Ahzab ayat 56, Allah berfirman yang bermaksud: “Sesungguhnya Allah S.W.T. dan para Malaikat-Nya berselawat kepada Nabi. Maka, wahai mereka yang beriman berselawatlah kamu kepadanya dan ucaplah salam penghormatan kepadanya dengan sebaik selawat dan salam.”

.

𝟐- 𝐀𝐋𝐋𝐀𝐇 𝐌𝐄𝐌𝐁𝐀𝐋𝐀𝐒 𝐒𝐄𝐋𝐀𝐖𝐀𝐓 𝐇𝐀𝐌𝐁𝐀𝐍𝐘𝐀

Dari Abu Hurairah r.a. bahawa Rasulullah s.a.w. telah bersabda : “Sesiapa berselawat kepadaku sekali selawat, maka Allah akan berselawat ke atasnya sepuluh kali.” [HR Muslim]

.

𝟑- 𝐌𝐄𝐌𝐁𝐔𝐀𝐍𝐆 𝐊𝐄𝐑𝐈𝐒𝐀𝐔𝐀𝐍

 Dari Ubai bin Ka’ab, r.a. katanya : “Ya Rasulullah! Aku banyak menggunakan masa berdoa, memohon rahmat untuk diriku, sekarang aku hendak untukkan masa berselawat bagi tuan maka sebanyak mana yang elok aku untukkan?” Baginda s.a.w., menjawab: “Sekadar mana yang engkau suka”; Aku berkata: “Aku hendak untukkan sesuku dari masaku”; Baginda s.a.w., bersabda: “Sekadar mana yang engkau suka, dan jika engkau lebihkan lagi, maka itu lebih baik untukmu”;

.

Aku berkata: “Kalau begitu aku untukkan setengah dari masaku” Baginda s.a.w bersabda: “Suka hatimulah dan jika engkau lebihkan lagi, maka itu lebih baik untukmu”; Aku berkata: “Kalau demikian, aku untukkan dua pertiga dari masaku” Baginda s.a.w., bersabda: “Suka hatimulah, dan jika engkau lebihkan lagi, maka itu lebih baik – untukmu”;

.

Aku berkata: “(Kalau begitu) aku jadikan masa berdoaku semuanya untuk berselawat kepada tuan”; Baginda s.a.w., bersabda: “Jika demikian, terpeliharalah dan terselamatlah engkau dari apa yang mendukacitakan dan membimbangkanmu, sama ada perkara dunia mahu pun perkara akhirat dan diampunkan dosamu … Hadis Tirmizi, Imam Ahmad, dan Hakim

.

𝟒- 𝐃𝐈𝐀𝐌𝐏𝐔𝐍𝐊𝐀𝐍 𝐃𝐎𝐒𝐀

Dari Anas bin Malik r.a. berkata Rasulullah s.a.w. telah bersabda : “Barangsiapa yang berselawat kepadaku satu kali, maka Allah berselawat kepadanya sepuluh kali dan akan dihapuskan daripadanya dosa dan diangkat baginya sepuluh darjat.” [HR An-Nasaie]

.

𝟓- 𝐑𝐀𝐒𝐔𝐋𝐔𝐋𝐋𝐀𝐇 𝐌𝐄𝐌𝐁𝐀𝐋𝐀𝐒 𝐔𝐂𝐀𝐏𝐀𝐍 𝐒𝐀𝐋𝐀𝐌

Dari Abu Hurairah r.a. bahawa Rasulullah s.a.w. telah bersabda; “Tiada seseorang pun yang memberikan salam kepadaku (setelah kewafatanku), melainkan Allah mengembalikan rohku sehinggalah aku dapat menjawab salam orang itu.” [HR Abu Daud dan Ahmad, Riyadus Solihin]

.

𝟔- 𝐌𝐄𝐑𝐀𝐈𝐇 𝐒𝐘𝐀𝐅𝐀𝐀𝐓 𝐃𝐀𝐑𝐈𝐏𝐀𝐃𝐀 𝐑𝐀𝐒𝐔𝐋𝐔𝐋𝐋𝐀𝐇 𝐃𝐈 𝐀𝐊𝐇𝐈𝐑𝐀𝐓

Daripada Abu Aus bin Aus RA bahawa Rasulullah SAW bersabda : Sesungguhnya di antara hari yang paling mulia bagi kamu semua ialah hari Jumaat, oleh yang demikian hendaklah kamu semua memperbanyakkan membaca selawat kepadaku pada hari itu, kerana sesungguhnya ucapan selawat kamu semua akan ditunjukkan kepadaku (pada hari kiamat nanti). [HR Abu Daud]

.

𝟕- 𝐃𝐎𝐀 𝐌𝐔𝐃𝐀𝐇 𝐓𝐄𝐑𝐊𝐀𝐁𝐔𝐋

Ali bin Abi Talib r.a berkata : “Doa seseorang itu terdinding (terhalang) sehinggalah dia berselawat ke atas Rasulullah dan ahli keluarganya.” [HR Imam Ath-Thabrani]

.

Wallahua'lam. Moga bermanfaat. 

Jom selawat! Allahumma Solli Ala Muhammad!

sumber : Page UDD

1 comment:

Powered by Blogger.