5 Cara Menghilangkan Keresahan dan Kegelisahan

September 29, 2021

  5 Cara Menghilangkan Keresahan dan Kegelisahan

1. Cari orang yang kita percaya
-luahkan masalah kita kepada dia, walaupun orang tersebut tidak mampu menyelesaikan masalah kita.
-Cari orang yang kita percaya.
-the first duty of love is to hear.
-Bagi seorang muslim, kita ada Allah yang sentiasa sudi mendengar segala luahan hati kita. Tidak kira masa, tempat dan siapa yang mengadu.

2. Tulis di atas kertas
-Sekiranya kita tidak mampu untuk meluahkan isi hati, atau bimbang rahsia kita akan diceritakan pada orang lain, maka kita boleh menulis.
-Dengan menulis kita sedang menukar rasa kepada tulisan
-Ketika itu kita akan bertukar menjadi profesional.
-Kita akan nampak masalah sebenar yang sedang kita hadapi.

cara menghilangkan keresahan dan kegelisahan
cara menghilangkan keresahan dan kegelisahan


3. Bela binatang kesukaan
-Kajian menunjukkan, mereka yang ada binatang peliharaan mampu mengurus stress dengan baik.

4. Meluahkan rasa melalui hobi
-Apa sahaja hobi yang boleh membuatkan kita bekerja.
-secara tidak langsung ia akan menimbulkan ketenangan dan menghilangkan kegelisahan.

5. Mengadu terus kepada Allah
-Caranya adalah dengan menunaikan solat
-Jika ingin Allah bercakap dengan kita, maka bacalah Al-Quran. Tetapi jika kita ingin bercakap dengan Allah, maka solatlah.
-Dalam solat, kita akan rasa kedekatan pada Allah, kerana adanya sujud.
-Sujud itu mendekatkan kita kepada Allah dan menimbulkan rasa kehambaan dalam diri.
-Dalam sujud, banyakkan doa.
-Doa itu talian hayat kita kepada Allah. Dalam doa kita mengaku rasa kehambaan dan kekurangan diri.
-Rasa kehambaan yang diimbangi dengan rasa berTuhan, maka hasilnya adalah ketenangan.
-When God is your friend, who is your enemy?
-Semakin dekat kita kepada Allah, maka semakin stabil hidup kita.
****

Ketika tidak ada tempat untuk mengadu di kalangan manusia, tiada kekuatan untuk meminta pertolongan daripada mereka, sandarkanlah sepenuh pengharapan kita kepada Allah swt.
Ambil wudhu, bentang sejadah dan bersujudlah. Kemudian angkat tangan dan berdoa.
Kekasih yang paling sesuai untuk kita luahkan segala rasa di hati, Dialah Allah yang Maha Mendengar.
Allah swt sangat hampir, tapi kenapa kita pilih untuk meminggir?
"Ketika Allah dekat, maka tiada gawat"
-Ust Pahrol-


Sumber Fb : Suriati Rudin

No comments:

Powered by Blogger.