7 Hajat Dalam 1 Doa

September 24, 2021

7 Hajat dalam 1 Doa 


 
اللهم انا نسألك سلامة في الدين و عافية في الجسد و زيادة في العلم و بركة في الرزق, وتوبة قبل الموت و رحمة عند الموت و مغفرة بعد الموت اللهم هون علينا سكرات الموت والنجاة من النار والعفو عند الحساب
 
"Allahumma innaa nas-aluka salaamatan fid-din, wa 'aafiatan fil-jasad, wa ziyaadatan fil-ilmi, wa barakatan fir-rizqi, wa taubatan qablal maut, wa rahmatan 'indal maut, wa maghfiratan ba'dal maut, Allahumma hawwin 'alainaa sakaraatil-maut, wan-najaata minan-naar, wal'afwa 'indal hisaab."
 
"Ya Allah, kami mohon keselamatan dalam agama,
 afiat pada badan kami,
 bertambah ilmu, berkat dalam rezeki, 
taubat sebelum mati, rahmat ketika mati (Sakaratul Maut), 
keampunan selepas mati, 
Ya Allah permudahkanlah kepada kami Sakaratul Maut,
 selamat dari api neraka dan keampunan ketika dihisab."
 
 
Sangat terkesan lepas dengar live Ustazah Asma di IG semalam, Ustazah cerita tentang sakit sewaktu sakaratulmaut. Bila di amati doa yang ustzah bacakan semalam rupanya doa itu ada dalam doa yang di baca selepas solat. 
 
Elok habis live Ustazah semalam keluar pulak video ne dari Ig :  rahimazhari 
 
selama ne baca doa tanpa penghayatan. Alhamdulillah Allah jentik hati InsyAllah jom sama-sama kita beramal dengan doa ini.
 
 

No comments:

Powered by Blogger.