Tongkeng Ayam Masak Berlada

September 06, 2021

Tongkeng Ayam Masak Berlada

Berutu atau Tongkeng adalah bahagian yang sama pada ayam iaitu dalam bahasa pasarnya Bontot Ayam. Minta maaf jika ada yang agak sensetif dengan resepi yang miza share ini. Jujur miza pun tak makan sekadar tolong masak untuk mertua dan EE. Suka benar dorang bila masak Tongkeng Ayam Masak Berlada. 

Semua orang ada menu dan kegemaran masing-masing kita raikan dan tak perlu berbalah. Selagi halal boleh di makan kita makan jew la. Tak boleh makan kita tolong masak. Bagi orang makan dan gembirakan orang itu pun dah dapat pahala simple kan. 

Tongkeng Ayam Masak Berlada
Tongkeng Ayam Masak Berlada

Tongkeng Ayam Masak Berlada


* Berutu / Tongkeng / Buntut Ayam
* Cili Padi
* Bawang Putih
* Bawang Merah
* Halia

Cara Masak Tongkeng Ayam Masak Berlada.

Resepi Berutu Masak Berlada

Bawang Merah, Bawang Putih, Halia dan Cili Padi diricik. Pedas ikut tekak masing-masing. Tapi miza suka masak lebihkan bawang putih Dan bawang Merah untul rasa manis semulajadi Dan pedas-pedas Cili Padi.
Bersihkan
Berutu / Tongkeng / Buntut Ayam dan di Goreng Garing kemudian di ketepikan.
Selepas itu Goreng bawang Dan Cili sehingga Garing Dan masukan sekali Berutu yang telah digoreng tadi. Tambah sedikit garam Dan gula untuk seimbangkan rasa.

Sekian Selamat Mencuba.

Jangan tak percaya boleh bertambah nasi bila makan menu ne.



Jemput Baca
Masak Lemak Cili Padi
Resepi Roti Jala

1 comment:

Powered by Blogger.