Wanita Sayangi Diri Sendiri

November 26, 2021

Wanita Sayangi Diri Sendiri

Wanita Sayangi Diri Sendiri.  Bukan bererti pentingkan diri sendiri tapi sebelum kita mula sayang dan fikirkan akan perihal orang lain adalah lebih baik Wanita Sayangi Diri Sendiri. Baiknya cuaca sebuah keluarga itu apabila mood ibu @ Isterinya adalah dalam keadaan yang baik InsyAllah.

Kalimat Bumi

Sayyidul Istigfar

Wanita Sayangi Diri Sendiri wanita perhiasan dunia wanita solehah fitnah dunia
Wanita Sayangi Diri Sendiri

Wanita Sayangi Diri Sendiri


1. Tak tengok hidup orang lain. Tak layan mewah hidup orang lalu terlebih kagum. Dia tahu dia ada hidup sendiri. Yang walau tak kaya mana tapi dia cukup semuanya tanpa perlu meminta-minta.

2. Tahu limit setiap perkara. Di mana dia harus diam. Dan di mana dia harus bersuara. Di mana dia harus teruskan. Dan di mana dia perlu melepaskan. Banyak cakap orang benci. Diam sangat orang buli.

3. Bahagia dengan apa yang ada di sekelilingnya dengan cara mencari kebaikan dalam apa yang dia punya. Dia tahu tidak ada apa yang sempurna dalam dunia. Dia ada satu perkara. Satu perkara lain bukan milik dia. Itu semua asas yang biasa.

4. Cari jalan membahagiakan diri sendiri tanpa berharap pada orang untuk menggembirakan dia. Dia mampu raih bahagia dan gembira walau hanya dengan sekecil-kecil perkara. Kebergantungannya jauh dari kuasa manusia.

5. Dia tak overthinking. Dia faham benda lepas adalah pengajaran. Dan benda akan datang adalah pengharapan. Setiap yang berlaku adalah semata-mata sebagai jalan menjadikan dia lebih bijak dan matang dalam kehidupan.

6. Dia tak banyak perangai. Bukan budak kecik sentiasa nak merajuk. Dan sentiasa minta dipujuk. Bukan saja dia rasa letih nak buat perangai. Letih juga dengan orang yang suka buat perangai. Buat apa dengan drama? Tinggalkan.

7. Dia jauhkan segala toksik dalam hidup. Yang negatif dan yang positif. Negatif toksik bawa penyakit. Positif toksik buat dia makin sakit. Dia tahu bila kena react. Dan dia tahu bila patut rileks.

8. Dia tahu mana tips dan nasihat orang yang boleh diambil kira. Ada yang tak sesuai dengan dia. Ada yang patut dan boleh dia cuba. Sebab dia tahu rezeki orang dan jalan hidup dia sudah tentu tidak serupa.

9. Dia upgrade diri sentiasa. Jaga badan. Sihatkan diri. Cari ilmu. Membaca. Berehat. Ibadat. Semua untuk kebaikan dan rasa hormat diri yang tinggi. Sebab dia tahu takda orang hormat dia jika dia tak hormat diri sendiri.

10. Faham bahawa dunia ini cuma tempat singgah untuk mati. Semua orang akan balik ke alam abadi. Apa yang dia buat di sini semuanya untuk dibawa pulang ke sana nanti. Itulah juga akhirnya yang menguatkan dia untuk sentiasa...

Wanita Sayangi Diri Sendiri


CopyPaste dari Fb Kaknis

1 comment:

  1. Understanding the cost of plumber near me services is crucial. Reputable plumbers provide transparent quotes, ensuring you know what to expect and avoid any surprise charges.

    ReplyDelete

Powered by Blogger.