Serunding Halia
Serunding Halia
Miza pun baru pertama kali makan serunding bilis halia, serius sedap. Yelah orang lain masak memang sedap
Serunding Halia |
Sebenarnya serunding bilis halia ne adik ipar Miza buat untuk mak mertua sebab dah 2 hari perut kembung, nak makan ubat sebarangan takut jugak sebab mak mertua ada penyakit 3 serangkai. Maka terjadilah serunding bilis halia.
Memang best la serunding bilis halia ne angin-angin dalam badan yang lama bertapa semua dah jumpa jalan keluar. Lapang perut.
Resepi Serunding Halia Bilis
1. Halia2. Ikan Bilis
3. Bawang Putih
4. Bawang Merah
5. Ajinomoto @ Kuib ikan bilis
Cara Buat Resepi Serunding Halia Bilis
* Halia disagat, lepastu ditapis. Nanti senang nak mengoreng dah tak lama sangat* Blender @ Tumbuk ikan bilis ( Jangan halus sangat nanti jadi serbuk pulak )
* Panaskan minyak goreng bersama halia, bawang merah, bawang putih dan ikan bilis sampai kering.
* Boleh tambahkan ajinomoto kalau suka, kalau tak makan ajinomoto tak perlu lah ye.
Penangan selepas makan Serunding Halia |
Ini dari group CM dan ipar duia. Jangan tengok nama group kitorang ye
Jemput baca :
Kurang Tidur punca stress
No comments: