Afiq dan Kambing Golek
Afiq dan Kambing Golek
Afiq dan Kambing Golek, Anak miza yang kedua ne memang jenis pemakan senang nak bela, hehe Janji ada makanan.Afiq dan Kambing. Bila sebut pasal kambing boleh kata setiap buffet Ramadhan ada menyediakan kambing golek sebagai main menu dan tarikan untuk berbuka puasa.
Khamis lepas miza sekeluarga ke Segamat Rel untuk berbuka puasa disana. Memang banyak sangat menu yang sedap. Sori tak sempat nak ambil gambar makanan yang pelbagai tu bateri henpon tak nak bekerjasama.
Sampai di sana orang tak ramai lagi, senang nak pilih tempat. Sebelum miza meronda pilih makanan untuk di makan Masa berbuka nanti kena umpan si Afiq ne dengan Kambing golek sepinggan.
Tengok tu dapat makanan dah tak pandang kiri kanan dah. Cik Qilah jew yang excited tu.
Afiq dan Kambing Golek
Dah nama Buffer Ramadhan boleh nak tambah banyak kali pun orang tak marah. Lepas solat magrib Afiq request lagi nak makan kambing golek lagi. Isk budak sorang ne besar betul perut dia.
Dengan penuh gaya miza jalan berpimpin tangan dengan afiq ke tempat Kambing Golek, tapi nasib tak baik dah habis. Yes sangat cepat habis sebab kambing golek di Segamat Rel sangat-sangat sedap. Nyum..nyum...
Korang rasa afiq camne kecewa tak? huhu
Muncung jew mulut dia sebab kambing golek dah habis. Puas jugak miza memujuk si Afiq ne. Sebab kalau dia cakap nak mesti kena dapat masalah kambing dah habis mana nak cekau.
Tiba-tiba ada sorang staff Segamat Rel yang hensem sapa miza " akak nak kambing kew? saya boleh tolong bakar dan hantar kat akak dah siap nanti " Eh rezeki tu laju jew angguk.
kurang 10 minit staff yang hensem ne datang ke meja kitaorang sambil bawa kambing golek untuk Afiq.
Kambing golek yang sangat sedap sampai afiq repeat 2 kali |
Muka Kekenyangan dan puas hati dapat layanan istimewa dari staff Segamat Rel. |
Wah untung afiq.. sedap x kambing situ?
ReplyDeleteUntung la 😍
ReplyDelete