Resepi Berutu Masak Berlada

June 14, 2017

Resepi Berutu Masak Berlada



Resepi Berutu Masak Berlada, ada jugak orang panggil buntot ayam, tongkeng ayam ikut lah apa nama yang dipanggil kalau dah suka makan masak apa pun sure laku. Opss miza tak makan pun tapi as tukang masak. Kan bulan puasa ne pesta ibadah. Tak makan pun jadi tukang masak pun dapat pahala bagi orang makan. 


Resepi Berutu Masak Berlada
Inilah rupa berutu yang telah siap dimasak.

Resepi Berutu Masak Berlada


* Berutu / Tongkeng / Buntut Ayam
* Cili Padi
* Bawang Putih
* Bawang Merah
* Halia

Cara Masak Resepi Berutu Masak Berlada.

Resepi Berutu Masak Berlada

Bawang Merah, Bawang Putih, Halia dan Cili Padi diricik. Pedas ikut tekak masing-masing. Tapi miza suka masak lebihkan bawang putih Dan bawang Merah untul rasa manis semulajadi Dan pedas-pedas Cili Padi.
Bersihkan Berutu dan di Goreng Garing pastu ketepikan.
Selepas itu Goreng bawang Dan Cili sehingga Garing Dan masukan sekali Berutu yang telah digoreng tadi. Tambah sedikit garam Dan gula untuk seimbangkan rasa.

Sekian Selamat Mencuba.

Jangan tak percaya boleh bertambah nasi bila makan menu Berutu belada ne semasa sahur.



Jemput Baca
Masak Lemak Cili Padi
Resepi Roti Jala

4 comments:

  1. Ingat kan apa lah berutu tu. Rupanya tongkeng ayam. Hehe. Ana suka goreng cmtu je. Tp xleh makan selalu lah kan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Haha. Miza makan ayam jew part-part lain hati, pedal, kaki ayam kew tak pandai makan pun

      Delete
  2. Ingatkan ada sayur baru ke apa..ni fav SA ngan anak dara ni...kolagen banyak ni kan..hahahah

    ReplyDelete
    Replies
    1. Patutlah Kak SA maintain upanya makan colagen ne. hehe

      Delete

Powered by Blogger.