Kerepek Ngaku / Arrow Head
Kerepek Ngaku / Arrow Head
Dia datang jeng.. jeng.. cuba teka apa yang datang ne. Tara inilah dia Si Ngaku a.k.a Arrow Head ada orang panggil sengkuang Cina. Tapi bila miza tanya member office cina ne dia cakap dia pun panggil Ngaku jew. Kerepek Ngaku / Arrow HeadTak kisahlah apa nama dia pun. Dia datang setahun sekali jew. Almaklumlah sekarang ne dah nak masuk musim Perayaan Tahun Baru Cina wajib lah ada Kerepek Ngaku / Arrow Head
Miza kenal dengan kerepek Ngaku asbab kakak miza siapa lagi si CN tu mengidam nak makan kerepek Ngaku. Sebagai tanda kasih dan sayang gigihlah mencari Ngaku. Lepastu jenuhlah mengupas kulit, sagat nipis-nipis lepas tu goreng.
Nuggets Home Made
Inilah rupa Ngaku yang belum di jadikan kerepek. Harga boleh tahan nak murah kena beli lepas CNY itupun kalau ada lagi lah. Buah bermusim |
Kerepek Ngaku / Arrow Head
Proses nak buat kerepek Ngaku ne agak renyah sikit tapi bila dah siap di goreng dan makan bersama seisi keluarga hilang segala rasa renyah rasa bahagia jew tengok wajah-wajah kesayangan makan hasil air tangan kita kan.. kan..Rasa kerepek Ngaku ne unik sikit ada rasa lemak-lemak masin sikit, jadi semasa mengoreng dah tak perlu masuk garam. Lagi sedap goreng dengan daun kari dan bawang putih aroma yang di hasilkan dari dua bahan ini lagi menaikan rasa sedap Kerepek Ngaku.
Nak rasa sedap atau tak sedap korang kena pergi beli dan buat kalau malas boleh jew oder ramai yang dah mula jual Kerepek Ngaku ne tapi harga boleh tahan jugak lah.
Miza share sikit tips yang miza dapat dari auntie cina masa miza sibok duk memilih Ngaku ne." Auntie tu pesan kalau nak senang kerja menyagat nanti pilih Ngaku yang ada pucuk boleh jadi pemegang semasa proses Menyagat nanti dan jangan ambil yang dah pecah bawah tu rasa dah lari katanya"
Baca Juga :
Resepi Ikan Gelama Masak Tauchu
Resepi Asam Pedas Ikan Sembilang
Sedap kerepek nie.. sha pun suka..
ReplyDeleteKena pi cari kat ekonsave ni.. mesti ramai org cina dok berebut beli lg2 nk dekat CNY ni.. tapi kan pcl tak pernah lagi makan kerepek ngaku.. haa nak kena cuba
ReplyDeletesedappp ni
ReplyDeleteEntri kedua ana baca tentang ngaku ni. Tak pernah rasa. Tp katanya sedap ye.
ReplyDelete