Sotong Bakar Berlada

April 17, 2018

Sotong Bakar Berlada

Alhamdulillah rezeki dapat makan sotong segar hasil candat EE dan rakan-rakan. Nanti miza cerita pasal cerita candat dorang. sekarang miza nak share resepi Sotong Bakar Berlada.
Sebenarnya dah penat nak makan sotong goreng tepung permintaan budak dua ketui tu. Miza buat tak pedas jadi boleh lah makan secara berjemaah. Kalau korang suka pedas sila topup kuantiti cili padi untuk tekak korang ye.


Bahan-Bahan Sotong Bakar Berlada

Sotong
* Cili kering

* Bawang merah

* Bwang putih

* Halia

* Serai

* Udang Geragau ( miza tak suka belacan nanti hidung gatal. Siapa yang suka belacan tu boleh lah taruk belacan sikit )
Cili padi ( potong-potong )
Gula
Garam

Cara Masak Sotong Bakar Berlada

Bersihkan sotong ( kelar jangan sampai putus )
Blender semua bahan-bahan yang bertanda * . Panaskan kuali tumis sampai pecah minyak.
Panaskan Periuk Ajaib, sumbat bahan-bahan yang telah di tumis tadi kedalam sotong dan tutup periuk ajaib, sila terbalik-terbalikan untuk sotong masak sekata.
Dah siap masak ambil baki bahan tumis tadi dan tuang ke atas sotong.
Done siap untuk di makan.



8 comments:

  1. Sedapnya.. terus lapar perut dibuatnya..

    ReplyDelete
  2. Aduh bergetar jiwa ragaku. Sedapnya.

    ReplyDelete
  3. adoi sedapnya sotong. antara lauk yang Del takkan tinggal, mesti makan

    ReplyDelete
  4. aduhhh. sedapnya akak. makan dgn nasi panas2 pulak.. esok nk buat lahhh. hehe

    ReplyDelete
  5. Terus lapar..okey kalau ratah aje boleh kan..akak diet nasi..hahahaha

    ReplyDelete
  6. Fuhh sedapnyaa sotong tu. Terus rasa lapar. Hahah!

    ReplyDelete
  7. uit..senang je..nnti boleh la cuba kalau beli sotong..

    ReplyDelete

Powered by Blogger.