Akhirnya Berjaya Juga
Akhirnya Berjaya Juga
Alhamdulillah sudah seminggu kita semua berpuasa. Sedar tak sedar Ramadan kian berlalu pergi. Fasa pertama Ramadan akan berakhir iaitu 10 hari pertama yang penuh dengan rahmat darinya juga akan berlalu meninggalkan kita. Akhirnya Berjaya JugaAkhirnya Berjaya Juga |
Melentur buluh biarlah dari rebungnya itulah yang miza dan EE cuba sekarang walaupun ada orang cakap umur cik Qilah dan Afiq Furqan belum sesuai untuk di latih puasa tapi kami tetap degil. Akhirnya Berjaya Juga
Seronok jugak tengok perkembangan dan tahap ketahan anak-anak semasa belajar puasa. Hari pertama dan kedua mampu bertahan sampai 11 pagi lepas tu dah haus. Hari ke hari seterusnya makin lewat walaupun tak sempat sampai magrib.
Dorang ne bukan heran sangat nak makan tapi lebih kepada haus nak air jew walaupun cuaca sekarang alhamdulillah redup jew.
Diari Puasa AF
Tak mampu nak tunggu sampai azan magrib awal-awal dah makan dalam kereta. |
Semalam buat pertama kalinya cik qilah berjaya bertahan sehingga Azan Magrib, Alhamdulillah Akhirnya Berjaya Juga dengan rahmat Allah.
Diari Puasa AF
Alhamdulillah.. Tahniah Cik Qilah..
ReplyDeletemmg dugaan haus je budak2 ni
ReplyDelete