6 Kebaikan Taugeh Untuk Kesihatan
6 Kebaikan Taugeh Untuk Kesihatan
1) Cegah Kanser
Taugeh yang terdiri daripada jenis kacang hijau, alfafa dan sebainya 
mengandungi banyak unsur fitokimia yang sangat tinggi dengan nutrisi 
serta berkhasiat.
Salah satu daripadanya ialah kanavanin (canavanine) iaitu sejenis 
asid amino yang mampu melumpuhkan punca kanser leukimia, usus besar dan 
pankreas.
Nampak cantik
2) Baik Untuk Wanita
Selain daripada itu, taugeh turut mengandungi estrogen semulajadi yang berfungsi sama seperti estrogen sintesis.
Estrogen di dalam taugeh dapat membantu meningkatkan kepadatan dan 
susunan tulang, serta mencegah kerapuhan tulang (osteoporosis).
Pengambilan taugeh oleh wanita secara kerap dapat membantu 
mengelakkan dari kanser payudara, gangguan menjelang haid, simptom 
pra-menopaus serta gangguan akibat menopaus.
3) Meningkatkan Kesuburan
Taugeh sangat elok diambil sama ada oleh golongan lelaki atau wanita kerana mampu membantu meningkatkan tahap kesuburan mereka.
Pengambilan taugeh oleh kaum lelaki mampu membuatkan kualiti sperma 
yang dihasilkan lebih baik. Begitu juga kaum wanita, mereka akan menjadi
 lebih subur dengan mengamalkan taugeh ni.
4) Mengurangkan Kolestrol Jahat
Taugeh tinggi dengan kandungan saponi (saponin) yang bertindak 
membantu menyingkirkan kolestrol jahat (LDL) tapi pada masa yang sama, 
memelihara kolestrol baik (HDL).
Jadi mereka yang mempunyai bacaan kolestrol yang agak tinggi, elok sangatlah makan taugeh ni. Jadikan sebagai amalan.
Kolestrol yang rendah dalam darah akan menurunkan kadar risiko mendapat serangan penyakit jantung dan strok.
5) Awet Muda
 Taugeh juga kaya dengan antioksidan. Antioksidan ni adalah agen yang
 sangat penting dalam menangkis serangan radikal bebas yang boleh 
merosakkan sel DNA kita.
Apabila DNA kita sihat dan terpelihara, maka kita pun akan jadi lebih sihat, ceria dan nampak muda.
6) Nyahkan Toksin & Kotoran
Taugeh sangat tinggi dengan kandungan serat dan air yang sangat penting dalam membantu usus besar mengeluarkan kotoran.
Apabila usus telah bersih, zat daripada makanan yang diambil dapat diserap secara lebih optimum.
Usus yang bersih juga akan menjauhkan kita daripada risiko kanser 
kerana bebas daripada pengumpulan bahan toksin dan beracun di dalamnya
 

 
 
 
suka sangat makan taugeh ni :D
ReplyDeleteAkak suka makan taugeh jugak..baik jenis yang halus mahupun yang kasar..sedap sgt..
ReplyDelete