Al Fatihah Buat Ayah

August 19, 2019

Al Fatihah Buat Ayah 

Tanggal 10 Ogos 2019 bersamaan 9 Zulhijjah 1440H Jam 2.30 Petang, hari yang mulia Hari Arafah @ hari wukuf bagi mereka yang menunaikan Rukun Islam Yang ke 5.  Ayah telah pergi meninggalkan kami adik beradik buat selama-lamanya, pergi bertemu dengan Sang Pencipta yang Maha Pengasih Lagi Penyanyang. Semoga ayah tenang di sana Aminnnn


Al Fatihah Buat Ayah

Buat yang mengenali arwah, jika arwah ada berhutang dengan anda. Mohonlah anda tuntut dari miza dan adik beradik. Semoga roh arwah ayah tenang di sana InsyAllah. 

Jujurnya miza masih mencari kekuatan untuk menaip disini. Banyak yang hendak di luahkan tetapi tiap kali menaip berkenaan dengan arwah ayah pasti air mata akan gugur bersama. 

Aidil Adha tahun ini merupakan Aidil Adha yang sangat bermakna buat miza adik beradik. Terima kasih Allah kerana memberi peluang kami bersama ayah buat kali terakhir.

Al Fatihah Buat Ayah
Dalam Kenangan Al Fatihah Buat Ayah, pejuang pesakit Kanser Usus Tahap 4. Semoga ayah tenang di sana. InsyAllah kami 5 beradik tak akan putus mendoakan kesejahteraan buat ayah. 

Alhamdulillah Tok Wan dah Sihat 
Tragedi Raya 2019 

3 comments:

  1. Semoga roh beliau dicucuri rahmat Allah.

    ReplyDelete
  2. Semoga rohnya dicucuri rahmat
    Al-Fatihah

    ReplyDelete
  3. Al fatihah, semoga arwah ditempatkan di kalangan golongan yang dipilih..aminnn....

    ReplyDelete

Powered by Blogger.