Resepi Daging Goreng Kunyit Simple dan Sedap
Resepi Daging Goreng Kunyit Simple dan Sedap
Cuti Panjang sempena CNY tak sah lah kalau dapur #KedaiMama tak berasap. Hujung minggu dah settle beli barang-barang basah sempat pulak sambar sekilo daging. Jarang-jarang nak beli daging sebab raya haji meriah makan daging. Resepi Daging Goreng Kunyit Simple dan SedapDisebabkan anak-anak sentiasa kelaparan cuti sekolah ne hurm terpaksalah #kedaimama mempelbagaikan menu biar dorang senang nak makan apa semua ada. Kalau tak berkicau jew lapar-lapar.
Bahan-Bahan Resepi Daging Goreng Kunyit Simple dan Sedap
- Daging ( Potong Nipis )
- 2 biji bawang besar
- 3 ulas bawang putih
- 4 batang Cili Padi ( nak pedas boleh tambah lagi )
- Kacang Panjang
- Lobak Merah
- serbuk kunyit
- Garam
- Sedikit minyak
Resepi Begedil Ayam
Masak Lemak Ikan Talang Nenas
Resepi Daging Goreng Kunyit Simple dan Sedap version #kedaimama |
- Masukkan terus daging ke dalam kuali bersama serbuk kunyit bersama air. Tak perlu letak minyak masak sampai daging empuk. Kalau tak empuk lagi boleh tambah air panas. Masak sampai air dah betul betul kering
- Kemudian masukkan sedikit minyak.. Masak sekejap biar nampak garing garing sikit dan masukkan garam secukup rasa.
- Nampak daging dah garing boleh la masukkan bawang besar, bawang putih dan cili kacang panjang dan lobak merah
- Kacau sebati sedia untuk di hidang
Resepi Udang Butter Milk
Resepi Sotong Bakar Berlada
Resepi Daging Goreng Kunyit Simple dan Sedap version #kedaimama |
No comments: