Try Ubat Cacing Charms
Try Ubat Cacing Charms
Dah jadi rutin memang setiap kali bulan 12 nak masuk bulan 1 miza dah bagi budak dua ketui ne ubat cacing. Senang nak ingat sebenarnya bila last anak-anak makan ubat cacing sebabnya masa last pergi klinik appt makan ubat cacing nurse ada pesan dalam tempoh 6 bulan kena bagi anak makan ubat cacing elok untuk bersihkan usus anak dan elak perut buncit asbab cacing membiak selain tu boleh baiki selera makan dorang juga elak anak selalu sakit dan demam.Cegah Influenza
Tips Elak Anak Demam
Rahsia Biji Labu
Try Ubat Cacing Charms |
Sebelum ne tak pernah cuba mana-mana ubat cacing selain Zentel, kira setia lah orang kata haha done masuk bakul. Miza pilih Zentel jenis syrup sebabnya dulu budak dua ketui ne masih kecik senang bagi makan guna picagari je. Tapi sekarang dah besar dah pandai pulak pilih nak yang mana. Siap ingatkan miza lagi cakap tahun ne dorang tak makan lagi ubat cacing. Good boy afiq hang bab makan-makan ne memang terbaikkkkk
Dah alang-alang pergi Giant semalan nak pos barang customer singgah Guardian terus laju jew ke rak yang ada ubat cacing. Eh dalam duk pilih-pilih nak tablet atau syrup si afiq ne laju jew capai amik Ubat Cacing Charms siap cakap mama adik nak ne lah.
Balik makan sama-sama dengan cik qilah dorang cakap sedap dari selalu yang mama beli. Hamboi hamboi
Makanlah anak oi untuk sihat nanti hujung bulan 6 tolong remind mama lagi kot mama lupa. Faktor usia ne banyak sangat lupa hehe
Try Ubat Cacing Charms |
Tanda-tanda kecacingan:-
* Keluar cacing daripada lubang najis, atau nampak cacing pada najis
* Alahan kulit yang teruk - bengkak atau ruam & gatal terutama pada waktu malam
* Gatal sekitar lubang najis (dubur)
* Alahan terhadap makanan
* Sakit perut - cirit-birit, kembung, sembelit
* Anemia - kurang darah (ada cacing yang menghisap darah)
* Keletihan luar biasa - lesu, kurang tumpuan, kemurungan, gelisah, demam
* Tiada selera makan, pucat,
* Kurang berat badan walaupun selera makan ada
* Mengetap gigi ketika tidur malam (grinding of the teeth at night)
* Kedutan dan lingkaran hitam pada kelopak mata
* Hiperaktif
* Sakit kepala
* Sensitif terhadap cahaya
* Gusi & hidung berdarah
* Batuk-batuk teruk yang berpanjangan, batuk berdarah, asthma (cacing di paru-paru)
Tidak semua jangkitan cacing itu merbahaya tetapi rawatan serta pencegahan awal harus dipertimbangkandemi kesihatan & kualiti hidup
haah la kita yang dewasa pun kena makan ubat cacing..bila yeak akak makan ubat cacing..lupa der..faktor usia ni..biasa akak beli zentel..
ReplyDeleteWak dah lamanya tak makan ubat cacing.
ReplyDeleteUbat cacing ada flavour gini budak-budak suka makan.
ReplyDelete