Tasbih Fatimah @ Zikir Fatimah
Tasbih Fatimah @ Zikir Fatimah
Pernah tak korang rasa letih dan tak bermaya sangat-sangat, Kerap jugak miza rasa letih bila balik kerja kadang-kadang nak tunggu waktu maghrib pun sempat terlelap teruk betui. Sekarang ne duduk rumah pun letih jugak. Adatlah faktor usia yang semakin meningkat ke usia remaja purba. Tasbih Fatimah @ Zikir FatimahSelain amalan makan supliment untuk jasad makanan untuk roh pun perlu diberi jugak.
Amalan rohani tentunya makanan roh yang utama. Bila roh kita sihat, maka fikiran pun lebih tenang.
Salah satu cara untuk mengenyangkan roh dan mengatasi kepenatan adalah petua yang diajarkan oleh Rasulllah SAW kepada puterinya, Fatimah.
Tasbih Fatimah @ Zikir Fatimah |
Tatkala Fatimah mengadu kepada suaminya, betapa penatnya membuat segala kerja rumah. Saidina Ali menyarankan Fatimah berjumpa bapanya, Rasulullah SAW untuk meminta seorang pembantu.
Namun, Rasulullah tidak memberikan sebarang pembantu, sebaliknya sekalung zikir yang dipanggil ‘Zikir Fatimah’, khas untuk anaknya yang kepenatan menguruskan keluarga.
Tasbih, Subhanallah 33 kali
Tahmid, Alhamdulillah 33 kali
Takbir, Allahu akbar 33 kali
Rasulullah SAW berpesan kepada Anaknda kesayangannya Fatimah untuk mengamalkannya setiap kali sebelum melelapkan mata untuk tidur. Sabda Baginda bahawa itu jauh lebih baik dari seorang khadam.
Maka untuk ibu-ibu yang sering kepenatan dengan urusan kerja di pejabat dan di rumah (dan bapa2 juga!), amalkanlah zikir Fatimah setiap malam sebelum tidur. Semoga esok pagi bangun dalam keadaan ceria dan gembira InsyAllah
kita beramal dengan Yakin barulah akan dapat manfaatnya, Tapi hati-hati JANGAN YAKIN dengan AMALAN risau ganggu TAUHID kita. Semua yang berlaku dengan izin dan Takdir dari Allah SWT yang Maha Mengatur . Allah Ya Barik
Bahaya Cukup Tidur
Stress
Bahaya Cukup Tidur
Stress
asaalamualaikum, saya datang singgah sebentar
ReplyDelete