Kelebihan Membaca Surah Al Hadid (Besi)

September 07, 2021

Kelebihan Membaca Surah Al Hadid (Besi) 

Alhamdulillah dengan Izin Allah hikmah PKP dapat belajar perkara baru lagi. Alhamdulillah sepanjang PKP dengan Izin Allah miza dapat mengikuti pengajian dalam talian di medan FB. Mulanya sekadar ikut sebab cara penyampaian Ustaz tu best dan tak mengantuk walaupun kelas bermula lewat dalam pukul 10- 10.30 malam. Surah Al Hadid ( Besi )

Rutin sebelum memulakan pengajian semua akan membaca Surah Al Hadid secera berjemaah dengan Niat Utama untuk mendapat Redha Allah di samping memohon ruqiah untuk diri, keluarga dan Malaysia dari Wabak Covid sekarang ini. 

Tanpa mengetahui apa kelebihan membaca surah Al Hadid ini miza ikut sahaja pada mulanya, dan setiap hari Ustaz akan maklum bahawasanya beruntung la mereka yang mengamalkan membaca surah Al Hadid sebelum tidur kerana di dalamnya terkandung satu ayat yang nilai ganjaran bacaannya bersamaan dengan seribu ayat.

Zikir 2 Juta Pahala 

Kelebihan Membaca Surah Al Hadid (Besi)
Kelebihan Membaca Surah Al Hadid (Besi) 


Ayat -3 Surah Al Hadid (Besi) 

Surah Al Hadid (besi) – surah yang ke 57 dalam Al-Quran. Mengandungi 27 ayat.  Ia adalah kesinambungan daripada surah yang sebelumnya iaitu surah (Al-Waqiah:96) yang ayat terakhirnya menyuruh supaya kita bertasbih.

“Oleh itu, bertasbihlah dengan memuji nama Tuhanmu Yang Maha Besar.  (Al-Waqiah: 96)”

Ù‡ُÙˆَ ٱلْØ£َÙˆَّÙ„ُ ÙˆَٱلْØ¡َاخِرُ ÙˆَٱلظَّٰÙ‡ِرُ ÙˆَٱلْبَاطِÙ†ُ ۖ ÙˆَÙ‡ُÙˆَ بِÙƒُÙ„ِّ Ø´َÙ‰ْØ¡ٍ عَÙ„ِيمٌ


Dialah Yang Awal dan Yang Akhir Yang Zhahir dan Yang Bathin; dan Dia Maha Mengetahui segala sesuatu. (Al-Hadid 57:3)


(Dialah Yang Awal) sebelum segala sesuatu ada, keawalan Dia tidak ada permulaannya (dan Yang Akhir) sesudah segala sesuatu berakhir, keakhiran-Nya tanpa batas (dan Yang Maha Zahir) melalui bukti-bukti yang menunjukkan kezahiran Nya (dan Yang Batin) yakni tidak dapat dilihat dan ditemukan oleh panca indra (dan Dia Maha Mengetahui atas segala sesuatu). (Tafsir Al-Jalalain, Al-Hadid 57:3)

Jika kita mempunyai hubungan yang baik dengan Allah (tadabur Al-Quran), maka Allah akan uruskan segala masalah dalam kehidupan kita.


Dialah Yang Awal dan Yang Akhir Yang Zahir dan Yang Batin


Jika terbangun ditengah malam dan tidak mampu untuk bertahajjud maka bertasbih @ baca surah-surah yang mengandungi tasbih kerana Allah menggerakkan kamu dari tidur untuk memuji Allah.


Terdapat tujuh surah  yang bermula dengannya terutama ayat ke-3 surah al Hadid.

surah-surah yang dimulakan dengan kalimah tasbih 

(Subhana… ; Sabbaha … ; Yusabbihu … ; Sabbih… ; ) ?
– Ada 7 surah :
–> surah al-Isra’ : سبحان الذي ….
–> surah al-Hadid, al-Hasyr, as-Soff : سبح لله
–> surah al-Jum’ah , at-Taghabun : يسبح لله
–> surah al-A’la : سبح اسم ربك الأعلى

 

Korang boleh follow page Ustaz Farid Abu Auliya kita baca Al hadid sama-sama setiap malam InsyAllah 

ads

No comments:

Powered by Blogger.