Buah Tangan Sempena CNY

February 12, 2019

Buah Tangan Sempena CNY


Walaupun CNY dah berlalu tapi bahangnya masih terasa.  Kononnya miza masih mood bercuti tapi disebabkan partner miza ada hal mustahak yang tak dapat nak di elakan jadinya dalam keadaan berpantang terpaksa mencemar duli masuk pejabat separuh hari.  Tapi idoklah miza datang pejabat dengan muka yang berpilis atas dahi.  Muka suci bersih jew sampai bos-bos tegur eh kata cuti pantang kenapa masuk kerja.  Alah-alah bos ne tak datang dia tanya dah datang pun buat-buat tanya.  Adat kerja makan gaji 😪
Buah tangan sempena cny,  ang pau, collect angpau,  tahun baru cina,  kit kat,  snek dalam pantang,  snek minum petang, snek kegemaran anak-anak,  buah tangan melawat orang sakit
Buah Tangan CNY

Laju jew siapkan kerja yang pending seminggu tu.  Cukup pukul 12 lunch nak terus balik.  Ee dah bising pantang-pantang pun masuk keje.  Ikutkan miza lagi suka kerja taklah bosan sangat banding duduk rumah.  Pantang sendiri dengan pantang ada baby ne feeling lain sikit. 

Miza ok lah,  Miza dah move on.  Dah boleh terima hakikat semua yang berlaku ada hikmah.  Dan sekarang miza nak fokus betul-betul untuk budak dua ketui tu.  Siapa lagi kalau bukan cik qilah dan afiq furqan. 

Korang doakan miza cepat sihat ye.  Kalau ikut miza dah sihat rasanya tapi takleh nak keluar merata kunci kereta ee pegang dia cakap nanti pantang pun berjalan jew 😅. 

Jangan dia pelik miza install uber dan grab car nanti hahaha 

1 comment:

Powered by Blogger.