13 PERKARA PUNCA REZEKI

April 01, 2020

13 PERKARA PUNCA REZEKI

Cepat sungguh masa berlalu. PKP fasa pertama sudah tamat semalam. Hari ini hari pertama di bulan April 2020 bermula PKP Fasa Kedua. Semoga Mental dan Emosi kita lebih kental dan lebih bersedia dengan apa juga kemungkinan yang bakal berlaku hari ini.

Kita buka nak cerita isu COVID-19 tetapi kita nak belajar bersyukur di sebalik apa yang telah terjadi. 

Seperti yang Bonda Prof Muhaya selalu sebut dalam kelas PMC yang miza join sebulan yang lalu. Manusia ini hanya hidup dengan 3 Perkara. Siapa kita pada hari ini, semalam dan masa akan datang nak jadi apa.

Ye ramai yang terjejas dari segi pendapatan dan mata pencarian sepanjang tempoh PKP ini. Tetapi marilah kita sama-sama bermuhasabah dan belajar KENAL DIRI yang sebenar benarnya.

Ajal Maut Rezeki semua itu bukan bidang kita, Semua itu sudah di tetapkan sejak dari Alam Rahim Lagi.

13 PINTU REZEKI Allah maha pemurah 13 PERKARA PUNCA REZEKI pkp fasa pertama pkp fasa kedua JAMINAN ALLAH TERHADAP REZEKI
JAMINAN ALLAH TERHADAP REZEKI


RAHSIA REZEKI TANPA STRUGGLE~


Jom kita ulang kaji tentang JAMINAN ALLAH TERHADAP REZEKI..hanya buat perkara di bawah, Allah pasti jamin rezeki kita..

13 PERKARA PUNCA REZEKI yang Allah Maha Pemberi Rezeki berikan:

1) TAQWA - barangsiapa bertaqwa kepada Allah, akan diberi rezeki dari jalan yang tidak disangka-sangka 

2) TAWAKKAL - surah at-Talaq ~ jika tawakkal Allah cukupkan 

3) SOLAT - "kami tidak minta rezeki, kami yang memberi rezeki"

4) SEDEKAH - Allah ganti sehingga 10 kali ganda (kisah Ali r.a dgn unta & ayat Al-Quran)

5) ISTIGHFAR - sesiapa yang melazimi istigfar Allah akan hilangkan kesempitan hidup & kesusahan

6) SYUKUR - kalau syukur Allah akan tambah nikmat, kalau kufur Allah ancam azab pedih

7) SILATURRAHIM - mudahkan rezeki, menyambung silaturrahim panjang umur murah rezeki

8 )TUNTUT ILMU - barangsiapa menuntut ilmu, Allah tanggung rezeki (kisah imam bukhari)

9) NIKAH - cari keberkatan rezeki dgn nikah (kisah sahabat mengadu tentang rezeki, Nabi suruh kawin)

10) DAKWAH - asbab terbesar rezeki...kisah para nabi

11) TILAWAH QURAN -kelebihan surah waqiah, Allah hilangkan kefakiran selamanya

12) ZIKIR PAGI PETANG - ingat aku pagi & petang aku cukupkan keperluan pada hari itu

13) PEKERJAAN- berusaha di atas asbab
.
.

Dal Perkara 1 hingga 12 terdapat perintah & jaminan yang dijanjikan Allah namun perkara ke 13 hannya ada perintah namun BELUM ADA JAMINAN ALLAH.

Dengan taqwa, tawakkal, solat, sedekah, istighfar, syukur, silaturrahim, ilmu, nikah, dakwah, pembacaan al-Quran, zikir, ADA PERINTAH & JAMINAN REZEKI DARI ALLAH...

dengan pekerjaan belum tentu ada jaminan rezeki..

tidak semestinya berniaga dapat untung..

tidak semestinya kerja over time dapat rezeki banyak..

tidak semestinya iklan banyak, brochure banyak dapat rezeki banyak..

NAMUN BUKAN BERMAKSUD TIDAK PERLU BEKERJA & BERUSAHA...

Di dalam surah al-Jumuah, Allah berfirman bahwa selepas solat, bertebaranlah untuk mencari rezeki kurniaan Allah, namun ada syarat, DAN INGATLAH ALLAH BANYAK-BANYAK semoga beruntung (al-Jumuah:10)...

dan hati hendaklah sentiasa bersandar dan yakin penuh terhadap Allah. 

Jangan sampai seseorang hanya tertumpu ikhtiarnya kepada pekerjaannya dan mengabaikan asbab rezeki yang utama iaitu perkara 1-12.




No comments:

Powered by Blogger.