Jaga Allah, Allah Jaga Kita.

June 10, 2021

Jaga Allah, Allah Jaga Kita.

 

 Wahai kawanku..

Maka, benarlah kata Allah dan Nabi.

"Suatu saat nanti, umat-Ku akan terhalang untuk melakukan perkara-perkara baik."

Dan inilah zamannya, yang sedang kita lalui.

Jaga Allah, Allah jaga kita.

Jaga Allah, Allah jaga kita.


Kawan,

Lupakan sebentar asbab wabak atau SOP. Sesekali, pandang realiti.
Ya. Kita sedang melaluinya. Akhir zaman yang makin sukar dan rumit.

Nak buat baik makin susah. Nak ibadah juga makin payah. Fitnah usah cakap. Siang malam terjadi.
Nak solat di masjid, boleh jatuh fitnah.
Nak buat haji dan umrah, makin payah.
Nak ziarah jiran sebelah rumah pun, kena fikir berkali-kali.

Jadi takut tak sudah-sudah.

Takut bawa penyakit. Takut dijangkiti. Takut kena kompaun. Takut kena fitnah.

Buat itu, buat ini, semua kena fitnah. Fitnah belaka sekarang ini.

Kawan,

Jaga bekal kita bermula saat ini.
Gunakan masa lockdown ini untuk renung dan baiki diri
Persiapkan amal untuk PULANG.

Kena sayang diri sendiri.

Jasad yang Allah pinjamkan ini, suatu saat akan dikebumi.
Sebesar apapun sayang orang pada kita, mereka tetap akan tinggalkan.
Anak, suami, isteri, ibu, ayah, saudara bahkan kawan-kawan..semuanya pulang.
Tinggal kita nak hadap sorang-sorang.

Alam kubur ini, boleh jadi macam-macam.

Soal jawab Munkar dan Nakir berbeza mengikut amalan kita ketika di dunia.

Ada orang, saat ditanya siapakah Tuhan kamu lalu dijawabnya Allah Tuhanku.

Maka, keadaan kuburnya terus berubah menjadi sebahagian daripada taman-taman syurga. Indah dan bertuah.

Ada orang pula, ditanya satu demi satu soalan. Lepas satu, satu. Kemudian, ditanya lagi. Terpaksa melalui proses yang amat panjang.

Syukur juga kalau boleh lepas.

Paling bimbang, andai di waktu itu kita langsung tak mampu nak mengaku Allah sebagai Tuhan.

Biarpun ketika di dunia ini, berkali-kali kita ulang dengar dan sebut nama-Nya.

Ya, boleh jadi juga andai hati dan lisan tidak seiring. Apatah lagi perbuatan.

Kawan,

Pelajari ilmu akhir zaman. Banyakkan juga ilmu akhirat. Belajar ambil tahu. Sediakan bekalan siap-siap.

Nak melalui akhir zaman yang semakin mencabar ini, Nabi sudahpun pesan. Amalkan 10 ayat awal dan 10 ayat akhir Surah Al-Kahfi. Jangan tinggal biarpun sehari.
Mana yang belum mula, boleh mulakan. Mana yang sudah mula baca, cuba pula untuk hafal.
Kerana, akan tiba saatnya nanti, Al-Quran hanya sekadar kitab kosong tanpa tulisan.

Fitnah di mana-mana, kawan.

Jaga diri. Jaga keluarga dan orang tersayang.

Jaga Allah, Allah jaga kita.

Dunia, hingga syurga.

1 comment:

  1. In syaa Allah
    Semoga kita semua selamat daripada pendemik ini

    ReplyDelete

Powered by Blogger.