Dah Bayar Fidyah
Dah Bayar Fidyah
Road to Ramadhan. InsyAllah lebih kurang 33 hari lagi kita bakal bertemu dengan Bulan yang penuh dengan keberkatan yang di dalamnya terdapat satu malam yang lebih baik dari 1000 bulan. Dah Bayar Fidyah“(Puasa yang diwajibkan itu ialah) beberapa hari yang tertentu, maka sesiapa di antara kamu yang sakit atau dalam musafir (bolehlah ia berbuka) kemudian wajiblah ia berpuasa sebanyak (hari yang dibuka) itu pada hari-hari yang lain, dan wajib ke atas orang-orang yang tidak terdaya berpuasa (kerana tuanya dan sebagainya) membayar fidyah iaitu memberi makan orang miskin (secupak bagi tiap-tiap satu hari yang tidak dikerjakan puasa).”(al-Baqarah: 184)
Dah Bayar Fidyah |
Dah Bayar Fidyah
Fidyah ialah denda ke atas seseorang Islam yang telah baligh kerana meninggalkan puasa wajib atas sebab-sebab tertentu atau pun sengaja melewatkan puasa ganti (qada’) bulan Ramadhan.
Kadar bayaran fidyah berubah mengikut
harga yang ditetapkan oleh pemerintah di sesuatu tempat. Pengiraan kadar
fidyah berdasarkan kadar harga beras (makanan asasi penduduk).
Nilai
fidyah bagi satu hari tidak berpuasa boleh dikira berdasarkan nilai
Zakat Fitrah yang telah ditetapkan.
1- Zakat Fitrah bagi seorang ialah bersamaan 1 gantang Baghdad iaitu 2.7 kilogram.
2- Fidyah bagi satu hari ialah 1 cupak beras iaitu 675 gram.
3- kadar fidyah ialah ¼ daripada kadar fitrah pada tahun tersebutSemoga Ramadhan kali ini kita semua akan dapat menjalani ibadah puasa dengan sempurna. Nak tahu cara mudah untuk bayar Fidyah boleh terus http://www.fidyahmudah.com/
Aduhai...tak habis lagi ganti puasa ni...bila la nak ganti ni...
ReplyDeleteAna ada lg beberapa hari. Ingat nak ganti masa puasa 6 tp kena gastrik buat pertama kalinya. Moga tahun ni gastrik tu tak berulang.
ReplyDeleteNasib baik takde utang puasa.
ReplyDeleteTahun ni mrs pip byr fidyah la nampaknya...
ReplyDelete