Sambal Petai Buat Adinda

January 02, 2019

Sambal Petai Buat Adinda 

Sambal petai buat Adinda. Hah over pulak awal tahun baru ne. Sebelum terlupa miza nak ucapkan kepada semua yang singgah blog miza  Selamat Tahun Baru semoga anda semua di kurniakan kesihatan yang baik dan sentiasa di murahkan rezeki. Rezeki Allah itu luas bukan sekadar wang ringgit sahaja. 

Macam miza baru be dapat rezeki berkampung selama seminggu, siapa sangka bulan lepas Tok Wan berkampung di Hospital Parit Buntar. Rupa-rupanya ada berita kurang menarik di sebalik semua tu. Tapi nantilah miza cerita. sekarang sambung balik cerita Sambal Petai Buat Adinda. 

Bila dah tinggal jauh dari keluarga mulalah adik-adik nak mengada kononnya jeles cik qilah dan afiq furqan ada kedai mama boleh oder makan hari-hari alasan jew tu sebenarnya malas nak masuk dapur. Lumrah bila ramai adik beradik pompuan bukan berebut masuk dapur tapi berebut tolak sapa yang kena masuk dapur.

Demi tak nak menghampa kan adik-adik gigih lah miza pergi pasar pagi rabu di batu lima cari petai. Nasib baik memang dah musim petai. 

Sambal Petai Buat Adinda  resepi sambal petai, sambal petai ranggup sambal bilis petai, sambal udang petai resepi sambal petai cili padi resepi sambal petai ikan bilis santan resepi sambal petai udang kering resepi sambal petai tempoyak resepi sambal udang petai thai sambal petai ikan bilis goreng sambal petai sotong sambal belacan petai
Sambal Petai Buat Adinda

Resepi Sambal Petai 


Bahan- bahan :

Cili kering ( di kisar )
Bawang Kecil ( lagi banyak bawang lagi sedap sambal nanti )
Bawang Putih
Petai Secukupnya 
Asam Keping @ Air Asam Jawa
Gula 
Garam

Cara-cara

Blender bawang bersama cili kering.  Panaskan kuali dan tulis bahan sehingga cili betul-betul masak. Tips nak cili cepat masak pakai minyak banyak nanti dah siap buang lebihan minyak yang bertakung di permukaan kuali.

Masukan gula, garam dan air asam jawa. nak pakai asam keping pun boleh ikut apa yang ada di dapur korang. 

Lepas tu masukan petai dan ikan bilis atau pun udang. gaul rata ikut sedap tekak korang dah siap.


3 comments:

  1. ohh betapa menyelerakan sambal petai~ lebih2 lagi kalau pedas!

    Btw, jemput datang join segmen bloglist Myra yang pertama! :D

    Myra | The Grey Lines Between Segment | Blog List For the First Half of 2019

    ReplyDelete
  2. faveret sambal petai ni.... sedap..

    ReplyDelete
  3. Sedapnya. Dah la tengah lapar ni.
    Esok cari petai :D

    ReplyDelete

Powered by Blogger.