PANDUAN SEMASA TIDAK ADA AIR

April 23, 2019

KONGSI PANDUAN SEMASA TIDAK ADA AIR DARI 24/4/19 - 27/4/19. 86 JAM


Kawasan rumah kena ke? Miza hanya mampu berhuhu... Rasanya setiap tahun kena nak buat macam mana dah termasuk dalam golongan istimewa. Jadinya jom lah kita simpan air secukupnya untuk kegunaan seisi keluarga. 


Panduan ini boleh digunakan setelah berusaha menyimpan air yang sepatutnya.

1. Wudhu'. Amalkan guna sebotol air mineral sahaja ketika wudhu' seperti yang diajarkan kepada jemaah haji ketika di Mina.
Boleh wudhu' 1x sahaja bagi setiap anggota dengan syarat yakin bahawa air sampai keanggota wudhu' dengan sempurna. Caranya, air diletak diatas tapak tangan dan diratakan keseluruh anngota wudhu'.
Ketiadaan/kekurangan air dianggap darurat. Maka dibolehkan bagi yang tidak ada masaalah kesihatan menghimpunkan solat dalam 1 wudhu'. Contoh zohor dgn 'asar. Maghrib dgn isyak. Hanya perlu dijarakkan masanya antara 1jam atau yang mampu.

PANDUAN SEMASA TIDAK ADA AIR tempoh tiada air 24/4/19 - 27/4/19 masalah gangguan bekalan air, syabas lembah klang Penjimatan air.  Mandi Tandas Makan Masak Wudhu' jimat air amalan jimat air
PANDUAN SEMASA TIDAK ADA AIR

2. Masak. Sediakan masakan yang boleh disimpan untuk hari-hari tersebut. Hanya perlu dipanaskan atau ditambah isinya.
Menyimpan makanan yang mudah dimasak ketika kekurangan air seperti sardin,dan yang sesuai dengannya.
Jika ayam, ikan yang hendak digoreng hendaklah dicuci dan siap dirempahkan sebelum disejuk bekukan.
Sayur dicuci tanpa dipotong sebelum disimpan.
Rempah seperti bebawang dan cili dicuci sebelum disimpan.

3. Makan. Gunakan pinggan yg dilapik dengan plastik/daun. Selesai makan hanya perlu buang plastik dan daun sahaja. Sudu/garfu juga boleh guna yang pakai buang.

4. Sediakan air kosong yg secukupnya untuk minum.

5. Tandas. Perlu ingat kembali pelajaran beristinja' untuk menjimatkan air. Jika tidak tahu, maka perlu sediakan air secukupnya untuk bersuci kerana ia perkara penting yang melibatkan ibadah solat. Pastikan tidak guna air mustakmal ketika bersuci.

6. Mandi. Berusaha mandi dengan 1 baldi besar air sahaja. Letak ditempat yg tidak terkena percikan air yg kotor ketika mencuci anggota badan.  Cara mandi, basahkan badan, sabunkan dan gosok rata-rata. Gosok gigi dengan seceduk air. Setelah selesai jiruslah seluruh badan dengan sempurna.

7. Penjimatan air. Elakkan melakukan kerja-kerja yang menggunakan banyak air dalam tempuh berkenaan.
Tumpukan penggunaan air kepada  perkara perlu dan jangan sampai menjejaskan ibadah solat.

Sekiranya diri kita mampu membiasakannya dengan mengamalkan panduan yang baik, maka dapat mengurangkan bebanan ketika ketiadaan air.

Jangan sesekali mengeluh dengan menyalahkan keadaan. Sebaliknya kita diajarkan supaya beringat bahawa air amat berharga dalam kehidupan seharian

Bersyukurlah hanya diberi 4 hari shj tanpa air.

Sekian. Sedikit pengetahuan yang dapat dikongsikan. Semoga memberi menafaat yang berguna kepada yang membacanya.

Aamiin..........





Copy Paste dari group whatsApp. Kepada penulis asal terima kasih miza ucapkan untuk perkongsian yang bermakna ini.

2 comments:

  1. umah miza kena ke?umah akak, masuk dlm senarai..adeh....

    ReplyDelete
  2. semoga kita semua banyak bersabar bila tak ada air ni..sesekali kan bukan selalu...heeheee

    ReplyDelete

Powered by Blogger.