1 JamadilAwal

January 18, 2018

1 JamadilAwal


Alhamdulillah, hari ini 18 January 2018 bersamaan 1 Jamadil Awal 1439H. Dah boleh buat kira-kira tinggal beberapa hari Kita bakal menyambut bulan Ramadhan yang mulia.

Kiraan puasa, kalender Islam, tahun 1439h, JamadilAwal, bulan kelima dalam kalender Islam,
1 JamadilAwal : sumber google

Jumadilawal atau Jamadil Awal adalah bulan ke-5 di dalam kalendar dan Takwim Hijrah. Ada lima bulan yang namanya ditetapkan mengikut keadaan musim yang berlaku di bulan tersebut iaitu Rabi’ul Awal, Rabi’ul Akhir, Jamadil Awal, Jamadil Akhir dan Ramadhan. Jamadil Awal merupakan bulan pertama dan permulaan musim sejuk, di mana bulan ini menandakan ketibaan musim dingin yang akan berakhir pada Jamadilakhir.
Pengertian
Jamadil Awal (Jamada al-Awwal) membawa pengertian bulan pertama musim sejuk dan permulaan musim dingin. Dari segi bahasa, ‘Jumad’ bermaksud kering atau beku dan ‘Awal’ bererti pertama.
Penamaan Jamadil Awal kerana dalam bulan tersebut orang Arab pada zaman dahulu bertembung hari-hari musim sejuk yang begitu dingin dan terjadi kekeringan air atau bekunya air. Pada ketika itu semua parit, telaga, sungai dan lembah lebih menyejuk, menjadi kering (mengeras)dan beku.


2 comments:

Powered by Blogger.