Tayar Pancit Apa Nak Buat

January 19, 2018


 Tayar Pancit Apa Nak Buat

Pernah korang alami sedang bawak kereta atau motor tiba-tiba terasa macam berat jew. Ok dun panic ne bukan cerita seram ada apa-apa menumpang di belakang ne kes tayar pancit. Apa perlu buat bila tayar pancit

Tayar Pancit Apa Nak Buat  Searches related to tayar pancit tayar kereta pancit tayar motor pancit emergency tyre service 24 hours
Tayar Pancit Apa Nak Buat

Yang penting sekali korang perlu rilex. Cuba tengok dari cermin sisi untuk kesahihan adakah benar-benar tayar pancit, itu kalau tayar belakang kalau tayar depan jenguk-jenguk kepala sikit ( hati-hati ya kalau memandu sorang ).  Jika ya Tenang-tenang aja Cuma tayar yang pancit bawak dulu kereta atau motor ke kawasan yang selamat. Jangan buat kerja gila terus berhentikan kenderaan di tepi jalan. Hati-hati ramai yang memerhati dan kita tak tahu siapa yang jujur siapa yang tidak jujur dalam memberi bantuan dikala kita sedang menghadapi masalah tayar pancit. 

Nak selamat berhenti di balai polis atau mana-mana stesyen minyak, sah-sah tempat tebuka dan ramai orang

Cuba dapatkan bantuan dari keluarga terdekat, sahabat handai atau sesiapa yang korang kenal berada dekat dengan lokasi korang. Kalau tak kenal sesiapa boleh cuba cari nombor mana-mana bagkel atau mekanik yang korang selalu servise kereta atau motor. Sure korang ada simpan nombor dorang kan.

 Tayar Pancit Apa Nak Buat

Sebenarnya semalam dalam perjalanan nak amik Cik Qilah tiba-tiba kereta terasa berat, dalam hati dah cuak nasib baik ada Afiq Furqan jadi penenang dia suruh miza istiqfar. Allahu sejuk hati bila si anak ingatkan si mama yang dah gelabah ne.  

Gagah jugak bawak kereta pelahan-lahan, memang miza tak berhenti mana-mana dalam kepala nak cepat sampai sekolah Cik Qilah jew. Ada dua tiga orang yang naik motor ketuk cermin miza bagitau keadaan tayar yang pancit, miza hanya mampu senyum dan anggukan kepala. 

Bila sampai sekolah Cik Qilah tengok betul-betul yes tayar pancit, Tepon EE dia suruh terus balik rumah jew. Mujur rumah tak jauh dah. Miza tau bawak kereta jew rosak pape memang angkat bendera putih. 

Melayang lah RM tengah-tengah bulan ne huhu


Cik Qilah Ke Sekolah 

2 comments:

  1. Kalau Nani pun memang gelabah dah time tu. Hahah. Zero bab bab kereta rosak macam ni 😂

    ReplyDelete
  2. pernah jadi kat akk 2x..nasib kedai tayar dekat..apa2 pun mmg haru kalau jadi kat kita kan

    ReplyDelete

Powered by Blogger.