Nuggets Home Made

Nuggets Home Made


Sejuknya cuaca sekarang rasa macam duduk dekat London pulak 😂. Bila musim sejuk ne perut cepat lapar betui Tak? 

Di sebab kan mama dah berazam tahun ne nak pantau permakan anak-anak jadinya mama pun terRajin buat Nuggets Home Made.

Resepi asal tak ingat pulak cilok Kat mana yang pasti bahan-bahan yang di gunakan semua yang ada didapur Jew.
Nuggets Home Made, nuggets home made tanpa kukus, nuggets ayam, resepi Bonda, nuggets tanpa msg
Nuggets Home Made

Bahan-bahan Nuggets Home Made

* Isi Ayam
* 4 ulas Bawang Putih
* Lada hitam / Lada putih secukup rasa
* 1 ulas Bawang Merah
* Lobak Merah 
* Kobis Bunga
- Tepung Gandum / Tepung Jagung 3 Sudu
- 2 biji Telur
- Serbuk Roti
 Blender semua bahan-bahan yang bertanda * tambah sikit air supaya blender tak Jem. Sayur tu cadangan jew nak letak boleh tak nak pun tak pe.

Yang pasti bila dah blender sayur sekali dengan ayam dalam masa yang sama boleh ajar anak - anak makan sayur. 
Nuggets Home Made, nuggets home made tanpa kukus, nuggets ayam, resepi Bonda, nuggets tanpa msg
Macam jemput- jemput Kita golekan bagi sebati sebelum masuk ke serbuk roti

Dah siap blender semua masukan tepung dan garam secukup rasa. Resepi nuggets home made ne miza tak kukus macam ramai orang buat derhaka namanya ne. 
Nuggets Home Made, nuggets home made tanpa kukus, nuggets ayam, resepi Bonda, nuggets tanpa msg

Doh akan sedikit lembik it's ok ala macam buat jemput-jemput pisang tu. Lepas tu celupkan dalam telur Dan golek-golek ke serbuk roti last sekali Kita Goreng.

Buat banyak-banyak boleh buat bekal untuk cik Qilah Dan Afiq Furqan.

2 comments:

  1. tambah berkhasiat tu bila Miza campurkan sayuran, secara tak langsung ank-anak makan sayur tu tanpa depa sedarikan, sebab kebanyakan kanak-kanak tak gemar sayur ni :)

    ReplyDelete
  2. okey tu, miza buat sendiri..lebih berkhasiat..nnti rajin2 nk try jugak la..

    ReplyDelete

Powered by Blogger.