Durian Oh Durian

July 10, 2018

Durian Oh Durian 

Durian Oh Durian | Sana sini akan bercerita pasal durian. Dulu mahal bebenor sekarang merata boleh jumpa orang jual durian tepi jalan. Nak kata murah sangat tu tak jugak tapi ada banyak pilihan tempat boleh beli. 


ada sesuatu yang miza nak share dengan korang sebelum sakan memborong Durian tu. Eh.. sebenarnya pesan dekat diri sendiri jugak.

APA YANG ANDA PERLU TAHU SEBELUM MAKAN DURIAN

Durian Oh Durian , APA YANG ANDA PERLU TAHU SEBELUM MAKAN DURIAN, Kenapa Sakit Kepala Lepas Makan Durian ? pokok durian kampung musim durian di perak 2018 durian nyekak durian paling sedap buah durian jenis durian terbaik di malaysia buah durian musang king durian d13, durian murah, raja buah, buah tempatan
Durian Oh Durian
1- Durian kaya  bahan asid amino tryptophan - Bahan ini menenangkan fikiran dan sesuai untuk orang yang ada masalah insomnia (susah tidur).

2- Bahan ORGANOSULFUR (bahan bau)  bersifat anti-kanser antioksidan, anti-mikrob, antihipertensi. Durian merupakan satu-satunya buah tropika yang tinggi kandungan organosulfur.


3-. Pesakit kencing manis TIDAK boleh makan durian secara BERLEBIHAN kerana kandungan gula yang sangat tinggi.
Ia boleh menyebabkan paras gula menjadi tidak terkawal dan boleh menyebabkan 'Ketoacidosis' dan sangat merbahaya.
 

4- Durian kaya POTASSIUM. untuk sesiapa yang ada masalah buah pinggang kronik, (End stage renal failure ESRF) dan perlu dialysis tak boleh makan banyak atau baik tidak payah makan langsung!

Kandungan Potasium yang tinggi ini boleh menyebabkan pesakit buah pinggang mendapat sesak nafas, sakit dada dan rentak jantung (ECG) menunjukkan sinus arrest dengan kadar denyutan jantung bawah 40 perminit - Haemodialysis kecemasan perlu dilakukan atau pesakit boleh mati mengejut akibat kegagalan jantung!
 

5-  Kepada pesakit yang mengalami masalah jantung dan sedang mengambil ubat-ubatan seperti Frusemide dan Slow K juga tidak patut mengambil durian kerana kandugan Potasium yang tinggi dalam durian boleh menyebabkan jantung pesakit berdenyut tidak normal dan boleh menyebabkan mati mengejut!
 

6- Elak makan durian bersama paracetamol @ alhohol dan minuman bergas seperti coca-cola kerana mungkin boleh sebabkan kesan toksik kepada badan.

Kenapa Sakit Kepala Lepas Makan Durian ?

1. Anda yang memang ada sejarah migraine, durian boleh 'trigger' serangan migraine.
2. Anda yang ada darah tinggi yang tidak terkawal - semasa makan durian denyutan jantung akan bertambah dan ini menyebabkan sakit kepala,tetapi sekiranya darah tinggi terkawal, perkara ini tidak akan terjadi.
3. Durian mengandungi kolesterol dan lemak yang tinggi.Sekiranya diambil dengan kuantiti yang terlalu banyak, paras kolesterol akan naik mendadak dan akan menyebabkan pening dan sakit kepala.

Justeru makanlah durian ikut kadarnya dan jangan berlebihan.



Sumber : Group Whatapp

5 comments:

  1. Akk peminat durian..ms mengandung pun belasah juga hehehe.

    Nsb baik xde pa pe

    ReplyDelete
  2. Bila dah makan durian, tak ingat itu semua.

    ReplyDelete
  3. I hantu durian 😂😂😂

    ReplyDelete
  4. tak pernah jemu makan durian ni walaupun baunya sangat kuat

    ReplyDelete
  5. peminat durian juga tapi makan secara berhemah je..beberapa ulas je berani..sbb tak mau makan byk, takut panasss..tak leh nak tido..haha

    ReplyDelete

Powered by Blogger.