3 Tips ke rumah Terbuka

July 04, 2018

3 Tips ke rumah Terbuka 

Rasanya belum terlambat lagi miza nak share Tips Ke Rumah Terbuka kan. Maklumlah raya di malaysia ne sebulan dirayakan sama macam puasa. Dalam kita sibuk memenuhi jemputan rumah terbuka adab perlu dijaga.


1- Bersopan dengan Tuan Rumah.
Sentiasa hargai tuan rumah yang menjemput kita hadir ke rumah terbuka. Tak salah kalau kita nak puji tuan rumah jika menu yang di hidangkan sedap tapi kalau tak sedap baik diam saja. Jangan kedekut untuk puji tuan rumah semoga tahun depan kita dapat lagi jemputan rumah terbuka lagi hehe.

2- Makan dengan niat TIDAK MEMBAZIR.
Bila dah nampak banyak menu di meja mula lah rambang mata. Hati-hati dengan nafsu jangan sampai kita membazir ambil semua yang di hidangkan tapi bila makan sikit jew. NO NO tak baik membazir kesian dekat tuan rumah

3- Doakan Tuan Rumah Di murahkan rezeki.
Dah kenyang jangan jadi resmi pacat pulak. Sebelum balik pastikan tempat duduk kita tadi tak bersepah dengan tisu dan sisa sisa makanan. Ringan-ringan tulang angkat pinggan dan cawan yang kita dah guna ketempat yang sepatutnya. Semasa berjabat tangan dengan Tuan Rumah Doakan semoga di murahkan rezeki dan doa yang baik-baik sebagai tanda terima kasih. 

dan yang terakhir sekali jangan lupa amalkan supliment untuk detox. Banyak yang masuk semasa musim perayaan ne boleh jem usus. kesianlah dekat badan kita yang baru lepas rehat sebulan semasa Ramadhan datang syawal semua di sumbatnya.

Tips Kurus Selepas Raya
4 Tips Turunkan Berat Badan
3 Tips ke rumah Terbuka, Checklist sebelum hadir rumah terbuka, omega guard, Lecithin, Herbalax, Peppermint ginger, adab ke rumah orang, adab sebagai tetamu
3 Tips ke rumah Terbuka

2 comments:

  1. tuan rumah dan tetamu, kedua pihak punyai adab yang perlu dijaga. barulah harmoni kan. salam singgah sini.

    ReplyDelete

Powered by Blogger.