Masalodeh
Masalodeh
Disebabkan semalam kecewa dengan rasa kuih masalodeh yang di beli di sebuah gerai sarapan pagi makanya gigihlah buat sendiri untuk merawat kekecewaan tu.Sebenarnya bukan susah pun bahan-bahan semua ada tapi nak tunggu mood rajin tu yang selalu tertangguh jew. hehe
Resepi Donut Gebu
Resepi Buah Melaka
Ini yang sempat di snap untuk blog, yang lain dah settle masuk perut. Jadinya plate pakai penutup tipuware jew lah |
Bahan-bahan Masalodeh
Kacang Dhal - rendam 5 jam dan ke atas. ( Dah lembut boleh kisar ikut halus atau kasar ikut yang korang nak. Lain orang lain citarasa )Bawang besar - hiris nipis
Cili kering @ Cili Hijau - potongkan serong
Daun kari
Jintan Manis
Garam
Tepung Gandum ( dalam segengam. Untuk elak dari kuih ne berderai semasa di goreng. Jangan banyak sangat nanti kuih keras. )
Tips nak goreng Masalodeh supaya tak berderai. Bila minyak dah panas perlahankan api lepas tu masukan Masalodeh, Bila dah agak kekuningan boleh kuatkan api semula. InsyAllah tak berderai so dalam kuali pun tak penuh dengan kacang dhal yang berguguran tu.
Selamat Mencuba
pernah try masalodeh ni dulu..tak jadikkk...terburai dlm kuali..haha
ReplyDeleteSedapnyaa! Nani panggil kuih vadei. Hahah!
ReplyDeleteSedap..akak suka..suka makan panas2..
ReplyDeletesedapnya! lama takmakan
ReplyDelete