Perkara perlu tahu setelah menjalani pembedahan

Perkara perlu tahu setelah menjalani pembedahan


 Bedah baca betul-betul bukan nama orang 'Bedah' taw. Ini Bedah a.k.a Operate ha kena amik tahu apa yang boleh dan tidak boleh buat bila sudah menjalani pembedahan.


1. Bergerak seawal yang mungkin
Walaupun selepas pembedahan dijalankan badan akan merasa lemah dan kawasan yang dibedah berasa amat sakit tapi anda tetap perlu bergerak seawal yang boleh. Sebabnya pergerakan dapat membantu mempercepatkan proses penyembuhan luka dan mengurangkan risiko pembentukan darah beku.

Sebab tu lepas bersalin lepas 2 @ 3 jam nurse akan suruh jalan tak terkecuali yang bersalin secara pembedahan juga akan disuruh bangun dan berjalan pada hari ke-2 anda bersalin. Jika merasa sukar untuk bergerak jangan malu untuk minta bantuan ahli keluarga atau jururawat untuk membantu anda bergerak.

2. Minum banyak air
Selepas pembedahan anda perlu minum air dengan banyak untuk membantu proses nyahtoksin segala ubat yang disuntik semasa pembedahan dijalankan. Kalau anda kurang minum air risau nanti anda mungkin mengalami sembelit. Pastikan anda minum sekurang-kurangnya 2 liter air setiap hari untuk memenuhi keperluan tubuh anda.

3. Ambil Suplement 
Pengambilan supplement seperti multivitamin dan zat besi sangat digalakkan kerana ia dapat membantu meningkatkan tahap hemoglobin darah anda dengan lebih cepat. Selain itu, anda juga disarankan untuk mengamalkan Vitamin C kerana ia dapat membantu mempercepatkan proses penyembuhan luka.

4. Pastikan luka kering dan bersih
Lap kering luka anda setiap kali selepas mandi atau ke tandas. Pastikan ianya sentiasa kering dan bersih sepanjang masa. Jangan sesekali menggaru luka anda walau pun ianya amatlah gatal kerana jika anda menggaru bekemungkinan kuman akan masuk melalui luka yang digaru. Sapuan krim herba blend di sekitar kawasan pembedahan dapat mengurangkan rasa gatal.

5. Hindari aktiviti yang boleh menyebabkan kesakitan
Naik tangga merupakan perkara yang paling digeruni keran setiap langkah perlu berhati-hati dan Tidak boleh mengangkat barang-barang yang berat lagi-lagi yang bersalin secara pembedahan. Luka dalam orang tua-tua cakap


6. Minta bantuan ahli keluarga
Kita ini insan yang lemah, Jangan lah berasa bersalah atau malu jika mahu meminta pertolongan ahli keluarga. Tiada siapa yang minta sakit dan disakiti.

Perkara perlu tahu setelah menjalani pembedahan

Semoga bermanfaat dan dapat membantu jika ada ahli keluarga yang telah menjalani pembedahan sebagai panduan.


5 Jam yang bermanfaat
Previous
Next Post »