Pencuri Dalam Solat

October 06, 2017

Pencuri Dalam Solat



عَنْ أَبِي سَعِيدٍ الْخُدْرِيِّ أَنَّ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ إِنَّ أَسْوَأَ النَّاسِ سَرِقَةً الَّذِي يَسْرِقُ صَلَاتَهُ قَالُوا يَا رَسُولَ اللَّهِ وَكَيْفَ يَسْرِقُهَا قَالَ لَا يُتِمُّ رُكُوعَهَا وَلَا سُجُودَهَا

Dari Abu Sa'id Al Khudri RA ia berkata; Rasulullah SAW bersabda: "Sesungguhnya seburuk-buruk manusia adalah pencuri yang mencuri dalam solatnya, " para sahabat bertanya, "Wahai Rasulullah, bagaimana ia mencuri dalam solatnya?" baginda bersabda: "Ia tidak menyempurnakan rukuk dan sujudnya." (HR Ahmad No: 11106) Status: Hadis Sahih


Penting Solat 
Pencuri Dalam Solat, penting solat
Pencuri Dalam Solat : Sumber Google


Pencuri Dalam Solat


1. Solat perlu dilaksanakan dengan sempurna sama ada pada rukun perkataan, perbuatan mahupun niat.

2. Seburuk-buruk manusia ialah orang yang tidak sempurna perbuatan rukuk dan sujud ketika solat, ia dianggap pencuri dalam solat.

3. Rukuk yang sempurna dengan kedua telapak tangan diletakkan di lutut dengan jari-jari tangan terbuka dan meluruskan punggung dan leher dengan kadar 90 darjah, sedangkan sikunya renggang dari lambung (bagi lelaki) - berserta tomakninah.

4. Sujud yang sempurna dilakukan di atas tujuh anggota iaitu dahi, kedua-dua belah tangan, kedua-dua lutut dan kedua-dua hujung kaki - berserta tomakninah (berhenti seketika).

Jom semua kita ubah supaya tidak menjadi pencuri dalam solat.

Peringatan buat diri sendiri kerana kita manusia yang tak pernah sempurna

Sumber :  perkongsian 1 Hari 1 Hadis

4 comments:

  1. InsyaAllah semoga solat kita sempurna diterima olehNya

    ReplyDelete
  2. Ya Allah.. Moga kita tak tergolong lah dalam golongan pencuri dalam solat~nauzubillahiminzalik

    ReplyDelete
  3. InshaaAllah . Semoga Allah pelihara solat kita
    Datang dari AFBdotcom (:

    ReplyDelete

Powered by Blogger.