Agar Agar Laici

Agar Agar Laici

Sekejab jew dah nak habis bulan Ogos, Minggu depan dah sambut Raya Haji pulak. Pantas betul masa berlalukan. Tau-tau umur pun makin naik hehe. First time sebenarnya miza masak agar-agar setelah lama jadi pemerhati orang masak agar-agar. Senang jew rupanya tapi sebab hati tak yakin tu yang selalu tak jadi nak buat.

Agar Agar Laici
Agar Agar Laici | Watak utama ne

Tapi disebab kan sekarang musim panas di tambah pulak dengan permintaan dua ketul budak bertuah ne siapa lagi kalau bukan cik qilah dan afiq furqan. Bukan main lagi dah pandai oder nak makan itu nak makan ini maka terhasilah Agar Agar Laici di kala musim panas melanda.

Senang je rupanya nak masak agar agar Laici macam masak agar agar sirap tu beza cuma tambah susu cair dah buah laici kreativiti ikut korang lah ye. Miza senang jew masukan dalam tray dah settle bagi sejuk kejab pastu masuk dalam peti ais. 

Agar Agar Laici
Selfi kejab sementara nak tunggu sejuk

Potong kecik-kecik pastu telan hehe. Sejuk jew lalu kat tekak tu. Meh miza kongsi dengan korang bahan-bahan dan cara masak Agar Agar Laici.

Bahan-Bahan Agar Agar Laici

1- Agar agar watak utama ( beli yang 10g senang sekali masak je )
2- 1 Tin Buah Laici
3- 1 Tin Susu Cair
4- 3/4 Gula Pasir ( manis ne ikut tekak masing-masing )
5- 1 Liter air

Cara Masak Agar Agar Laici

1- Mula-mula didihkan air dan masukan agar agar masak sehingga agar agar  hancur
2- Masukan gula dan susu cair masak sehingga sebati dan mendidih ( Kalau masak sekejab nanti agar agar tak sebati macam miza buat ne, apadehal janji masuk perut )
3- Bila agar agar dah agak pekat masukan dalam acuan yang korang suka nak senang masuk jew dalam loyang tungu sejuk kejab lepas tu taburlah laici ikut kreativiti korang. Kalau nak masuk awal-awal nanti laici tu tenggelam.
4. Biarkan sejuk dalam peti done boleh potong makanlah sepuas hati. hehe

Agar Agar Laici
Tak semengah betul Agar Agar Laici miza. Ini jew yang selamat belum masuk perut lagi
Walaupun rupa tak semenggah tapi licin jugak. hehe
Masuk bakul lagi si miza ne. hehehe


Jangan amalkan selalu ye makanan dalam tin ne kurang berzat tapi lazat.. hehehe


Previous
Next Post »

4 comments

Click here for comments
AimNub Haris
admin
August 28, 2017 at 5:04 PM ×

sedapnya agar-agar laici sejuk2.. heheheheee.. :)

...

Reply
avatar
aRzMoHa
admin
August 29, 2017 at 12:16 AM ×

sedapnya agar agar laici...done follow blog MJ

Reply
avatar
aRzMoHa
admin
August 29, 2017 at 12:17 AM ×

ehh kenapa MJ pulak hehe...Cik MIjah

Reply
avatar