Resepi Bubur Pulut Hitam Yang Sedap

Dah jadi macam menu wajib pulak bila tiap kali pergi ke kenduri kawin mesti akan ada Bubur Pulut Hitam sebagai pecuci mulut. Bukan semua menu sama ne miza cakap mana kenduri yang miza pergilah. Kadang-kadang ada lagi macam-macam pencuci mulut yang disediakan oleh tuan rumah semoga di murahkan rezeki. Disebabkan mood terajin maka sabtu lepas miza bereksperimen dengan noxxa masak Bubur Pulut Hitam Yang Sedap ;) confident jew cakap sedapkan hehe saja nak bagi mood rajin membiak biar macam-macam boleh miza bereksperimen lagi dengan periuk noxxa ne.

Resepi Bubur Pulut Hitam Yang Sedap


Baca Juga : Resepi Kek Marble
Resepi Bubur Pult Hitam Yang Sedap
Beras Pulut Hitam yang belum di cuci. Tak semenggah betul miza ne

Bahan-bahan Resepi Bubur Pulut Hitam Yang Sedap

 500g beras pulut hitam ( basuh bersih)
 1 biji santan
 5 sudu gula putih di masak bersama gula merah ( dalam 2 sudu, boleh tambah @ kurangkan ikut manis tekak masing-masing )
 Sehelai daun pandan
 Secubit garam

Cara-cara membuat Bubur Pulut Hitam Yang Sedap

 Masukkan beras pulut hitam,air agak-agak tengelam banyak pulut hitam tu bersama daun pandan ke dalam inner pot. 
 Tutupkan periuk dan tekan mode HP 35 minit
 Setelah 35 minit, release kan wap dan tekan mode STIR FRY
 Masukkan santan, gula dan sedikit garam. 
 Kacau sebati dan didihkan selama 5 minit.
 Siap bubur pulut hitam Noxxa yang Sedap.


Resepi Bubur Pult Hitam Yang Sedap
Inilah rupa Bubur Pulut Hitam yang sudah dimasak. Nyaris habis miza makan ;)

Selamat Mencuba ;)  

Baca Juga : 
Previous
Next Post »

2 comments

Click here for comments
Amanda Suria
admin
August 8, 2017 at 3:49 PM ×

sedapnya...akak suka letak sagu mata ikan...pastu daun pandan kan...dah makan ari tu...masa bulan puasa

Reply
avatar
August 9, 2017 at 10:25 AM ×

dapppnyeee..tp x blh mkn..kna pantang lg niii😑

Reply
avatar