Pengalaman Bersama Kids Tour Guide

Cakap senang lah, Eh siapa cakap senang. Cubalah bercakap dikhalayak ramai lagi-lagi di hadapan orang yang  tidak di kenali jangan cakap kanak-kanak sahaja yang gugup  dan tergagap-gagap malahan orang dewasa yang tiada pengalaman bercakap pun boleh gugup bila kena bercakap di khalayak ramai lagi-lagi depan orang yang tidak dikenali.

Pengalaman Bersama Kids Tour Guide di Farm in The City

Pengalaman Bersama Kids Tour Guide
kreadit to Fb Kids Public Speaking

Tahniah buat anak-anak comei yang menyertai  Kids Tour Guide anjuran Johan Speaking Academy  bertempat di Farm City In The Seri Kembangan. 

Sampai sahaja depan pintu masuk Farm City miza dan keluarga sempat berkenalan dengan  4 orang Tour Guide comei iaitu Sarah Yasmin, Tan Ee Vynn, Loh Chai Wen dan Tan E Zen
Pengalaman Bersama Kids Tour Guide
Eh ada extra 2 kids yang nak jadi Kids Tour Guide


Pengalaman Bersama Kids Tour Guide 

Bukan calang-calang Kids Tour Guide yang miza jumpa semalam , Mereka ini mampu bercakap tanpa gugup dan mampu bercerita dengan panjang lebar setiap  nama haiwan, asal usul haiwan untuk  setiap lokasi yang di bawa di dalam Farm in The City dalam bahasa Inggeris tau. Nampak jew badan kecik dorang ne kecik-kecik cili padi dan berisi
 
Tak percaya korang tengok ne 


Pengalaman Bersama Kids Tour Guide
Lancar je dia cakap tanpa sebaran skrip

Tugasan Kids Tour Guide ini tidak berakhir dengan bercerita tentang haiwan sahaja pada pengunjung Farm in The City semalam pada pengakhiran tugasan mereka di kehendaki bercerita tentang haiwan kegemaran dan cita-cita mereka di hadapan para tetamu dan Ibu Bapa yang hadir ofcoz lah dalam bahasa Inggeris dah nama pun Public Speaking.


Pengalaman Bersama Kids Tour Guide

Bagus sangat aktiviti ini, sebabnya ia mampu melatih yakin diri dan berani sejak dari usia kanak-kanak. Cik Qilah pun dah eksited nak join tapi belum cukup umur lagi sebab cik qilah baru 4 tahun. Nanti Cik qilah dah umur 7 tahun bolehlah join Kids Public Speaking di bawah bimbingan Johan Speaking Academy untuk kanak-kanak berusia 7 sehingga 12 tahun

Benarlah Melentur buluh biar dari rebungnya, itulah yang di lakukan oleh Johan Speaking Academy yang mana pengasasnya juga bukan calang-calang orang malah turut tersenarai diantara 30 orang di Anugerah Usahawan Muda Kreatif ( JCI CYEA ). Mereka ini ialahCherry Ho dan Johan Ooi.

Kalau korang nak tahu Johan Ooi ini juga telah banyak memenagi anugerah antaranya
2015 - Juara Bercakap Umum Semenanjung Malaysia (Toastmasters International)
2015 - Kejohanan Dunia Semi-Finalis Percakapan Umum @ Las Vegas

Keynote dan pembicara tetamu untuk MNC, Syarikat Korporat: -
Maxis, Petron, Siemens, IJM Land, P1, Pikom, Shiseido Professional, Boulevard Hotel, Cititel Group, AMSPA, Kumpulan Royale Bintang Kumpulan & Persatuan Hotel Malaysia


Hasil dari pengalaman dan kejayaan yang mereka perolehi mereka mahu berkongsi dengan semua kanak-kanak yang menyertai Johan Speaking Akademi yang bertempat di Taman Tun Dr Ismail. Supaya lebih ramai lagi kanak-kanak yang berbakat besar dan berkebolehan dapat di lahirkan.

Untuk Maklumat Lanjut untuk mengetahui program dan aktiviti bulanan anjuran Johan Speaking Academy  boleh pergi ke :

 FB : Kids Public Speaking 

 Website :Kids Public Speaking 
Alamat : No 92B, Jalan Burhanuddin Helmi, Taman Tun Dr Ismail, 60000 Kuala Lumpur
Email : KidsPublicSpeaking@gmail.com

Previous
Next Post »

7 comments

Click here for comments
aRzMoHa
admin
August 29, 2017 at 12:16 AM ×

wah mesti adik ini mendapat latihan yang hebat sehingga boleh bercakap dengan bersahaja...

Reply
avatar
nur sabrina
admin
August 30, 2017 at 7:49 AM ×

Wah bagusnya. Kecik-kecik dah dilatih untuk berani dan confident. Menarik aktiviti di Farm in The City

Reply
avatar
August 30, 2017 at 9:30 PM ×

Assalammualaikum.
Hi..Saya datang follow dulu..
Nanti datang balik..
#AfbDotMy
#AFBians

Reply
avatar
Fieza Sani
admin
September 5, 2017 at 4:38 PM ×

Dulu masa belajar kat U, pernah kena public speaking..gagap weiii..dah siap2 note bagai..last2 berterabur ayat..haha

Reply
avatar
Ana Suhana
admin
September 6, 2017 at 8:34 AM ×

Bagusnya Johan academy ni. Masa kanak-kanak lah masa terbaik nak lentur mereka. Masa ni otak mereka berkembang cepat. Rasa takut pun senang di atasi sebab perasaan malu tu masih belum menebal mcm kita.

Reply
avatar