Projek Kek Butter Pelangi

Projek Kek Butter Pelangi

Seronok bila jadi mak-mak ne sebab kita akan berusaha menjadi yang terbaik buat anak-anak setuju tak miza cakap camtu. Bukan bab agama sahaja malah sampai ke bab dapur pun kita akan berusaha dan tunjukan contoh yang terbaik buat anak-anak. Projek Kek Butter Pelangi

Bukanlah nak cakap miza bagus sangat tapi proses belajar tak pernah berhenti semenjak jadi mak-mak ne, lagi lagi Cik Qilah dan Afiq Furqan dah pandai order maka terhasil lah Projek Kek Butter Pelangi 

Projek Kek Butter Pelangi
Projek Kek Butter Pelangi | yang ne jew yang dah masak sempat snap gambar



Resepi ne miza cilok dari blog Cekgu Norazimah. Walaupun miza ada derhaka sikit dari resepi asal papepun terima kasih ye CN dapat jugaklah miza menyumbang pencuci mulut kenduri Aqiqah lepas.

Projek Kek Butter Pelangi

Ini antara Projek Kek Butter Pelangi yang sempat miza snap. Maklumlah bila dah sibuk nak kenduri mana dan jew amik gambar. Warna hijau tu fav colour anak-anak miza jadi warna hijau mendominasi warna Kek Butter Pelangi.

Baca Juga : Tips Kurus 
Projek Kek Butter Pelangi
Projek Kek Butter Pelangi | Sebelum masuk dalam Oven



Projek Kek Butter Pelangi
Projek Kek Butter Pelangi | kan hijau lagi  



Projek Kek Butter Pelangi
Projek Kek Butter Pelangi


Bahan-bahan Projek Kek Butter Pelangi 

3 biji telur 
1 Cawan majerin
1 Cawan Gula ( miza letak 3/4 cawan jew )
2 Cawan tepung kek
1 sudu kecil esen vanila
 Perwarna ikut suka

Cara Masak Projek Kek Butter Pelangi

1. Pukul majerin bersama gula sampai kembang.
2. Kemudian masukkan telur satu persatu.
3. Pukul lagi adunan sehingga kembang
4. Masukkan esen vanila dan kacau rata dan sebati.
5. Masukkan tepung yang dah diayak (kaup balik jer)
6. Bahagikan pada 2 atau 3 bahagian dan bubuh warna ikut suka hati .
7. Tuangkan ke dalam loyang yang telah disapu majerin
8. Tuangkan satu persatu warna mengikut citarasa.
9. Bakar selama 40 minit dengan suhu 160 darjah atau sehingga masak. miza bakar guna api bawah kemudian 3 minit terakhir api atas & bawah. 

Selamat mencuba.



 

Previous
Next Post »

4 comments

Click here for comments
Mazni Azmi
admin
August 2, 2017 at 10:02 AM ×

Assalamualaikum Wrmbth

Selamat pagi rabu. Apa khabar hari ni sis Miza talib

Wah rajin benar buat kek butter pelangi ya

Maznee kalau buat kek sama sama suami

Ada 2 saja warna

Warna putih dan warna coklat

Hehe

Perasa lain tak berapa minat

Reply
avatar
Noor Azlan
admin
August 2, 2017 at 6:02 PM ×

Nampak sedapnya... boleh cuba nanti... thanks ya..

Reply
avatar
August 3, 2017 at 8:19 AM ×

Mudahnya nak buat. Nnt sy nk try jgk la.

Reply
avatar
August 9, 2017 at 5:31 PM ×

omaigotttt...what a lovely cakes!!!!

Reply
avatar