4 Bahan Mudah Resepi Sotong Goreng Tepung

4 Bahan Mudah  Resepi Sotong Goreng Tepung


Sebelum ini cm pernah kongsi Resepi Sotong Goreng Tepung boleh Klik Link ne. Tapi kali ne cm nak share lagi resepi ringkas sotong goreng tepung dengan menggunakan 4 bahan utama. 

Almaklumlah semalam cuti jadi cik qilah dan Afiq mula la mengOder menu dorang. Jangan terkejut anak-anak cm boleh habiskan sekilo Sotong Goreng Tepung ne. Sebab dorang ne pencinta makanan laut jadi memang tak peliklah sekilo dua beradik ne hadap sampai tak makan nasi.

Nasib menjadi sotong goreng tepung yelah kalau ikut resepi dulu nak kena guna tepung beras. Masalahnya semalam tepung beras dah habis dan cm dan en eddie masing-masing malas nak keluar beli. Cm selongkar dapur ada tepung gandum saja nasib la.

4 Bahan Mudah  Resepi Sotong Goreng Tepung

* Sotong
* 1 biji Telur Ayam
* Tepung Gandum
* Minyak Masak

sangat mudahkan.

ok jom cm kongsikan cara masak Resepi Sotong Goreng Tepung Mudah 


1- Potong sotong ikut saiz kegemaran masing-masing ( cewah macam rancangan masak-masak pulak )
2- Pecahkan sebiji telur dan digaulkan bersama sotong bersama secubit garam biar mesra
3 - Segengam tepung gandum, ikut jugaklah kuantiti sotong tadi, boleh jadi bergengam-gengam jugak ( gaul sebati )
4- Panaskan Minyak masak dan siap sedia untuk menggoreng


4 Bahan Mudah  Resepi Sotong Goreng Tepung
Taraaaa. inilah rupa Sotong Goreng Tepung Mudah  yang sempat di ambil gambar. Yang lain dah selamat check in perut afiq dan cik qilah

Selamat Menjamu Selera .

Jemput Baca :

Kari Kepala Ikan
Previous
Next Post »

2 comments

Click here for comments
Lea Azleeya
admin
May 11, 2017 at 2:24 PM ×

cik mijaaa oiii.. pos la kat lea sikit.. sedap benooo nmpknye tu.. hehehe

Reply
avatar
Ana Suhana
admin
May 11, 2017 at 3:12 PM ×

Sedapnya. Fav ana ni CM.

Reply
avatar