IFTAR RAMADHAN "HIKAYAT 1001 RASA" THE CHEF CAFE

May 16, 2017

IFTAR RAMADHAN "HIKAYAT 1001 RASA" THE CHEF CAFE


Marhaban Ya Ramadhan… Marhaban Ya Ramadhan…

Bersempena Ramadhan yang akan bakal tiba tak lama lagi ,cm diberi peluang untuk sama-sama merasai Iftar Ramadhan " Hikayat 1001 Rasa di  The Chef  Cafe  Kota Kemuning yang  akan menghidangkan kepada para tetamu dengan menu iftar “HIKAYAT 1001 RASA”  bermula dari 28 Mei 2017 hingga 23 June 2017. 

IFTAR RAMADHAN "HIKAYAT 1001 RASA" THE CHEF CAFE



IFTAR RAMADHAN "HIKAYAT 1001 RASA" DI CHEF CAFE

The Chef Cafe ne terletak di Kota Kemuning. Korang boleh waze sure jumpa nanti. Keluar dari susur higway kesas tak sampai 10 minit dah jumpa The Chef Caffe. 

Dengan bayaran serendah RM49.90 untuk dewasa dan RM24.90 bagi kanak-kanak anda akan disajikan dengan pelbagai menu iftar “HIKAYAT 1001 RASA” dengan menampilkan menu utamanya Sajian Melayu Selatan dan Menu Western serta pelbagai pencuci mulut . 



IFTAR RAMADHAN "HIKAYAT 1001 RASA" THE CHEF CAFE


“Hikayat 1001 Rasa” di Chef Caffe ini Menampilkan pelbagai sajian istimewa hasil dari air tangan Chef Noor Muhammad Aliff yang mempunyai kepakaran dalam menyediakan sajian Melayu Selatan. 


IFTAR RAMADHAN "HIKAYAT 1001 RASA" THE CHEF CAFE
ikan keli salai masak lemak

Antara menu utama yang menarik dan lazat yang akan disajikan adalah Asam Pedas Johor, Masak Lemak Perut & Rebung, Daging Masak Hitam, Masak Lemak Keli Salai, Sambal Goreng Jawa , Ikan Masak Taucu, dan pelbagai lagi masakan melayu serta ulam-ulaman.


IFTAR RAMADHAN "HIKAYAT 1001 RASA" THE CHEF CAFE
IFTAR RAMADHAN "HIKAYAT 1001 RASA" THE CHEF CAFE 


IFTAR RAMADHAN "HIKAYAT 1001 RASA" DI CHEF CAFE

The Chef Café Kota Kemuning juga turut menyediakan menu masakan ala barat buat anda yang mengemari masakan ala barat dalam menu iftar “HIKAYAT 1001 RASA” Antaranya adalah Beef/Mushroom Lasagna, Honey Chiken Wing, Black Paper Beef, Baked Mix Vege, Lamb Stew.

IFTAR RAMADHAN "HIKAYAT 1001 RASA" THE CHEF CAFE
Lamb Stew yang sangat sedap



Tak sah lah kalau Menu Iftar “Hikayat 1001 Rasa” tanpa Kambing Golek. Bagi anda si penggemar kambing The Chef Cafe turut menyediakan Kambing Golek dan Ayam Tempayan sebagai menu Wajib dalam menu iftar “HIKAYAT 1001 RASA”


IFTAR RAMADHAN "HIKAYAT 1001 RASA" THE CHEF CAFE
Sepsi tak tengok ayam dalm tempayan dan kambing tu

Istimewanya di The Chef Caffe ini di terdapat dua bahagian yang selesa untuk anda duduk dan makan semasa berbuka puasa nanti iaitu ruang dalam yang di lengkapi penghawa dingin dan Television. Manakala ruang di luar buat anda yang sukakan udara segar bertemankan lampu neon yang best dekat dengan makanan senang nak capai. hehe..



IFTAR RAMADHAN "HIKAYAT 1001 RASA" THE CHEF CAFE
CM bersama pemilik The Chef Caffe dan rakan Media



Di The Chef Cafe akan menyediakan 50 hidangan yang berbeza-beza pada setiap hari. Jadi jangan lepaskan peluang anda untuk membuat tempahan segera.


Facebook : The Chef Cafe Instagram : The Chef Cafe 
Untuk Tempahan atau Pertanyaan  : 03-5525 3707 @ 017-4991707


The Chef Caffe :  No 43 Business Park 1 Seksyen 31, Persiaran Anggerik Vanilla,

                          Kota Kemuning 40460 Shah Alam, Selangor 








9 comments:

  1. Lokasi x jauh dari rumah PCL. Suka hidangan juadah yg 1001 macam tu.. insya allah nt pcl ajak family ke The Chef Cafe.. tq CM

    ReplyDelete
  2. Adehhh..laparrr nengok gambar cm ni..nak cari makan sat..ai is cannot la tgk gmbr makanan..perut mesti nyanyi..hehe

    ReplyDelete
  3. yeah ramadhan is coming...xsabarnyaa

    all those makanan look soo tempting...xpuasa pun dah mengalir air liur..

    ReplyDelete
  4. Alaaaaaaa...Cik mijah...terus SA lapar.....

    ReplyDelete
  5. seronok la hidangan lain2 hari2..tak jemu nak dtg kan...

    ReplyDelete
  6. Semuanya nampak sedap. Lapar perut dibuatnya😊

    ReplyDelete
  7. Wow nampak mcm sedap je semua :o

    ReplyDelete
  8. 3 tahun duduk Shah Alam... Baru tahu... Macam best je..

    ReplyDelete

Powered by Blogger.