MAJLIS MENANDATANGANI PERJANJIAN USAHASAMA ANTARA JAKEL SHAH ALAM & AHLI PARLIMEN TANAH MERAH

May 27, 2017

MAJLIS MENANDATANGANI PERJANJIAN USAHASAMA ANTARA JAKEL SHAH ALAM & AHLI PARLIMEN TANAH MERAH

Bertempat di ruang pejabat Jakel Shah Alam telah berlangsung Majlis Menandatangani Perjanjian Usahasama Penyerahan 60,000 pasang baju raya kepada pengundi di Parlimen Tanah Merah yang disertai oleh ramai rakan media.  YB Dato' Hj Ikmal Hisham Abd Aziz, Ahli Parlimen Tanah Merah, Kelantan ini berbesar hati memberi sumbangan Baju Raya kepada semua pengundi Tanah Merah yang tinggal di Tanah Merah atau tinggal di luar Kelantan tanpa mengira agama, kaum dan fahaman politik bagi menghargai sokongan yang diberikan selama ini. Hadiah ini juga layak diterima oleh mereka yang telah mendaftar sebagai pengundi di Tanah Merah sehingga Mac 2017.Bersempena mengambil berkat bulan Ramadhan Ya Kareem.


MAJLIS MENANDATANGANI PERJANJIAN USAHASAMA ANTARA JAKEL SHAH ALAM & AHLI PARLIMEN TANAH MERAH
Majlis Menandatangani Perjanjian Usahasama Penyerahan 60,000 pasang baju raya kepada pengundi di Parlimen Tanah Merah

Penyerahan 60,000 pasang baju raya kepada pengundi di Parlimen Tanah Merah

Sambutan Hari Raya Aidilfitri pada tahun ini sudah tentu lebih ceria bagi kira-kira 60, 000 pengundi di Parlimen Tanah Merah apabila bakal menerima baju raya  secara percuma. YB Dato' Hj Ikmal Hisham Abd Aziz, Ahli Parlimen Tanah Merah dengan berbesar hati ingin memberikan sumbangan ikhlas kepada para pengundi beliau di Parlimen Tanah Merah, Kelantan pada bulan puasa ini. Pengagihan bermula dari 10 Ramadhan sehingga 15 Syawal. Jadi beliau mengharapkan sedikit sebanyak sumbangan ini dapat menggembirakan penduduk di Tanah Merah selain dapat membantu mereka yang kurang berkemampuan


MAJLIS MENANDATANGANI PERJANJIAN USAHASAMA ANTARA JAKEL SHAH ALAM & AHLI PARLIMEN TANAH MERAH
Majlis Menandatangani Perjanjian Usahasama Penyerahan 60,000 pasang baju raya kepada pengundi di Parlimen Tanah Merah


Para penduduk akan menerima baju raya yang berkualiti tinggi iaitu baju melayu untuk lelaki manakala baju kurung untuk perempuan. Lebih istimewa, mereka boleh membuat pilihan masing-masing dari segi warna, corak serta saiz yang diinginkan dengan hanya perlu tunjukan IC di pejabat urusetia. Sumbangan ini akan dilaksanakan secara berperingkat mengikut kumpulan penerima dan kesemuanya akan menerima barangan masing-masing sebelum hari raya. 
MAJLIS MENANDATANGANI PERJANJIAN USAHASAMA ANTARA JAKEL SHAH ALAM & AHLI PARLIMEN TANAH MERAH
Antara koleksi baju Melayu yang akan disumbangkan untuk pengundi Tanah Merah



Sumbangan baju raya ini berupa baju melayu (lelaki melayu), baju kurung (perempuan melayu), baju kemeja (lelaki bukan muslim) dan kain (perempuan bukan muslim). 

MAJLIS MENANDATANGANI PERJANJIAN USAHASAMA ANTARA JAKEL SHAH ALAM & AHLI PARLIMEN TANAH MERAH
Antara koleksi baju kurung yang akan disumbangkan untuk pengundi Tanah Merah


MAJLIS MENANDATANGANI PERJANJIAN USAHASAMA ANTARA JAKEL SHAH ALAM & AHLI PARLIMEN TANAH MERAH
Antara koleksi baju kasual yang akan disumbangkan untuk pengundi Tanah Merah




Pelbagai design untuk Aidilfitri dari Jakel


Dalam pada itu, Jakel tahun ini menyediakan pelbagai design dan jenis fabrik berkualiti tinggi untuk Aidilfitri. Jakel juga baru sahaja memperkenalkan duta mereka tahun ini iaitu Aaron Aziz, Nabil Ahmad, Awal Ashaari, Scha Alyahya, Lara Alana, Harith Iskandar, Hairul Azreen, Hanis Zalikha, Yusuf Iskandar serta 2 icon kempen iaitu Janna Nick dan Rozita Che Wan.

Dan buat pertama kalinya Jakel Shah Alam dengan kerjasama Haqqi (sebuah portal online barangan haji & umrah dan barang muslimah) membangunkan khemah besar jualan Aidilfitri bersebelah Petronas Seksyen 7 Shah Alam. Terdapat lebih 20 jenama artis terkenal akan dibuka sepanjang bulan Ramadhan bermula hari ini sehingga malam raya. 

1 comment:

  1. Wah untung la org Tanah Merah.. segak berhaya dgn baju dari Jakel.. terbaiklah. Undi jgn x undi YB

    ReplyDelete

Powered by Blogger.