Resepi Spaghetti Carbonara Mudah dan Sedap

Resepi Spaghetti Carbonara Mudah dan Sedap

 

Ini gara-gara tekak teringin nak makan spaghetti carbonara yang superrr sedap. hehe masuk bakul serettt. Cm ne sebenarnya agak cerewet sikit bab makan. Kalau boleh nak makan mesti yang sedap aje walaupun hakikatnya cm bukanlah pandai masak. 

Maka terhasilah resepi spaghetti carbonara versi cik mijah.


Resepi Spaghetti Carbonara Mudah dan Sedap
Jemput makan korang

Bahan  untuk membuat Spaghetti Carbonara Mudah dan Sedap

* Minyak masak / Minyak Zaitun
* Bawang merah dan bawang putih (Potong dadu, kalau pakai bawang holand yang warna kuning tu lagi sedap)
* 1 Sudu lada hitam yang dah di tumbuk atau blender
* Daun Organo secukup rasa 
* 1 botol Susu Dutch Lady
* 1 Botol Prego pasta sauce carbonara mushroom
* 1 paket spaghetti untuk direbus sampai empuk
* Sosej dan Ayam cincang ( Tak sempat nak beli ayam cincang boleh jew blend isi ayam @ boleh jugak kalau nak pakai daging hancur dan letak udang @ sotong )



Resepi Spaghetti Carbonara Mudah dan Sedap
Ini antara bahan-bahan yang sempat cm snap, Sebenarnya gambar ne cm amik dalam wassup. Sebab ritu cm nak claim dengan En eddie...  hehehe


Cara untuk membuat Spaghetti Carbonara Mudah dan Sedap


1- Panaskan minyak, lalu tumiskan bawang. Bila dah agak garing masukkan pula ayam cincang.
2- Bila dah garing masukan lada hitam dan daun Organo. Masa ini lah aroma yang sangat harum dari dapur korang akan terhasil. Hehehe 
3- Selepas itu masukan "prego pasta sauce carbonara mushroom" bersama air susu dutch lady.
4) Seterusnya, masukkanlah segala perencah yang korang rasa nak letak. Contohnya, ayam, daging, sosej, sotong,  Apa-apa sahajalah. Selepas itu tunggu sampai ia agak pekat.
5) Sambil membuat sos Spaghetti Carbonara, bolehlah masak spaghetti sekali. Panaskan air dalam periuk sehingga masak, letak sedikit garam. Bila ia betul-betul masak dan panas barulah rendamkan spaghetti ke dalam periuk tambahkan sedikit minyak zaitum biarkan  supaya spaghetti betul-betul masak.

ok Siap.

Semoga membantu.




Resepi Donut Gebu

Resepi Nona Manis 

2 comments:

  1. feberet nie. nyummm tapi suami liza pulak tak suka. huhu dia suka bolognese tuu

    jalan2 la ke sini nnt ye. hehe :-* tq awak https://superbvitaminhouse.blogspot.my/

    ReplyDelete
  2. Akak suka buat seafood carbonara

    ReplyDelete

Powered by Blogger.