RESEPI APAM NASI SUKATAN CAWAN

RESEPI APAM NASI SUKATAN CAWAN

Resepi Apam Nasi Sukatan Cawan, hah resepi ne miza dapat dari MIL. Ada hikmah lah kenapa miza stay dengan MIL. Sebab boleh belajar masak dan buat kuih-kuih melayu tradisional ne. hehe
Jujur sebenarnya miza bukan pandai masak pun masa mula-mula kawin. 

 Ok jom miza kongsikan resepi Apam Nasi Sukatan Cawan, Kalau korang ikut sukatan ne boleh dapat lebih kurang 50 biji apam comei. Kalau nak makan sendiri miza nasihatkan half lah dari sukatan yang miza kongsikan ne.


resepi apam viral,RESEPI APAM NASI SUKATAN CAWAN, resepi apam mudah, apam gebu, resepi apam nasi, apam pink
Apam Nasi kegemaran Cik Qilah

Jangan marah ye, Sebab sukatan ne untuk meniaga. Senang sekali bancuh dh dapat 50 bjikan


BAHAN-BAHAN RESEPI APAM NASI SUKATAN CAWAN

* 2 Cawan Nasi Sejuk
* 2 Cawan Tepung Gandum
* 2 Cawan Tepung Beras 
* 1 1/2 Cawan Gula
* 2 1/2 Cawan Air
* 1 pek Mauripan 


resepi apam viral,RESEPI APAM NASI SUKATAN CAWAN, resepi apam mudah, apam gebu, resepi apam nasi, apam pink
Apam Nasi yang belum digaul dengan Kelapa Parut

CARA BUAT RESEPI APAM NASI SUKATAN CAWAN

* Kembangkan Mauripan dengan 1 cawan air
* Blender nasi campur dengan 1 1/2 cawan air
* Dah siap blender nasi sampai lumat campurkan semua dalam 1 bekas, kalau nak buat banyak warna asing lah ikut berapa warna yang di iginkan.
* Biarkan sehingga 30 minit 
* Dah kembang bancuhan tadi masukan dalam acuan apam yang comei-comei tu. Tapi make suke acuan dah sapu dengan minyak untuk elak melekat.
* Kukus selama 15 minit dengan api serdahana.
* Dah siap boleh pilih nak makan kosong atau gaul bersama kelapa parut. ( kalau gaul dengan kelapa parut masukan sedikit garam dalam kelapa untuk dapatkan rasa lemak manis tu) 

resepi apam viral,RESEPI APAM NASI SUKATAN CAWAN, resepi apam mudah, apam gebu, resepi apam nasi, apam pink
Ini bukan digaul kelapa parut dah ne. hehe


Selamat Mencuba.

Resepi Kek Marble 
Tumis Jawa Bersantan

Previous
Next Post »