Semperit Sukatan Cawan

June 17, 2017
Dah hujung-hujung puasa ne apa lagi aktiviti kalau tak buat kuih raya. Dari zaman sekolah lagi mesti buat jugak kuih raya sejenis dua untuk makan sendiri. 

Lain tau kuih raya buat dengan kuih raya beli ne. Dari segi kuantiti mestilah buat lagi banyak dari beli rasa pulak memang beza sangat sebab dibuat dengan kasih sayang. Jom miza share dengan korang Resepi Semperit Sukatan Cawan

Semperit Sukatan Cawan

BisKut 3 Bahan 
Cornflake Madu Karamel 
Mazola Sukatan Cawan 
Semperit Sukatan Cawan
Semperit Sukatan Cawan

Bahan- Bahan Resepi Semperit Sukatan Cawan

3/4 Cawan Gula
1 Cawan Planta
1 penutup Esen vanilla
2 biji telur ( Kuning sahaja )

1 cawan Tepung Kastad
1 Cawan Tepung Gandum
1 Cawan Tepung ubi/ Tepung Jagung 


P/S : kalau suka cair dalam mulut pakai tepung jagung jew, tapi kalau korang suka semperit tu macam liat-liat sikit sila pakai tepung ubi. Sebab tu miza buat Tepung ubi / Tepung Jagung. Ikut tekak korang lah. Tips ne miza dapat dari MIL.

 

Cara Buat Resepi Semperit Sukatan Cawan

* Pukul Planta bersama gula, tak perlu kembang sangat
* Masukan telur dan esen vanilla
* Gaul rata semua lepastu masukan ketiga-tiga tepung perlahan-lahan menjadi doh
* Tekan Doh ikut acuan yang korang ada, nak bentuk bunga boleh leper pun boleh
* Bakar  15 hingga 20 minit pada suhu 170 darjah. Sebab bukan semua pakai oven yang sama kan. 

Selamat mencuba.

Resepi Kek Coklate Cheese 

5 comments:

  1. Sedapnya.. mudah Pula Tu ikut Sukatan cawan

    ReplyDelete
  2. laaa senang jer buat rupanyaaa...sempat ke x akak nak buat ni

    ReplyDelete

Powered by Blogger.