Resipi Roti Jala

June 11, 2017

Resipi Ringkas Roti Jala

Bila bulan puasa ne tak sah bila tak pekena Roti Jala, Tapi kali ne beza sikit sebab miza homemade Roti Jala. Sebelum ne jadi tukang beli ja, Boleh la dulu berapa mulut ja nak makan sekarang ne Cik Qilah dan Afiq Furqan pun dan pandai makan lagi bagus buat sendiri dapat banyak, Modal pun tepung serta kerajinan.


Resipi  Roti Jala
Somel tak miza gulung Roti Jala ne, Ayu jew dalm pinggan. hehhe


Jom Kita buat sama-sama Roti Jala sebagai menu sampingan semasa berbuka nanti. Nak cicah dengan sambal boleh, kuah kari boleh, dengan serawa durian pun boleh kan musim durian ne. Nanti miza share ye cara buat serawa durian.

Resipi  Roti Jala
Selera orang kampung cicah kari sardin aje
 

Bahan-Bahan Resipi Ringkas Roti Jala

* 3 Cawan Tepung Gandum 
* 2 1/2 Cawan Air
* 1 Biji Telur
* 3 Sudu mentega ( boleh ganti dengan minyak masak )
* Sedikit serbuk Kunyit untuk warna kuning  ( kalau nak warna lain silalah )


Resipi  Roti Jala
Ada bakat tak miza menebar jala ne .

Cara Buat Resipi Ringkas Roti Jala

1- Blender jew semua bahan-bahan tu kalau nampak macam pekat boleh tambah air sikit. Senangkan.
2- Panaskan Kuali leper dan silalah menebar jala korang. 
3- Dah agak-agak garing boleh nak gulung atau lipat segi tiga, Ikutlah kretiviti korang

Selamat Menebar Jala ;)


Sotong Goreng Tepung  
Resepi Apam Nasi  
 

 

2 comments:

Powered by Blogger.