Tragedi Raya 2017

Tragedi Raya 2017

Tragedi Raya 2017, Macam ne lah bila ada anak kecik. Orang cakap dugaan nak besarkan anak-anak tapi bagi miza semua ini adalah pengalaman sebab bukan semua orang akan melalui dan merasainya. 

Alkisah sabtu lepas Cik Qilah terjatuh semasa main kejar-kejar dengan Afiq Furqan. Miza tak pasti camne Cik Qilah jatuh bila tengok dah terduduk sambil tangan kiri ampun tangan kanan. Tangan kanan Cik Qilah bengkak teruk sampai tak boleh luruskan. Meraung jangan tanya la dari shah alam sampai ke parit buntaq bila disuruh luruskan.

Afiq dah gabra terus senyap seribu bahasa. Nak salahkan dia memang tak patut. Sebab sama-sama main.

Tragedi Raya 2017
Jantung orang tengah marathon. Semoga baik-baik saja


Tragedi Raya 2017

Tak mampu nak handle dia punya sound miza terus tepon EE suruh balik kebetulan kena kerja hari tu. Sebenarnya miza dah gabra sebab tangan Cik Qilah bengkak teruk plus tak leh nak lurus. dalam kepala macam-macam pikir hati ne jenuh lah pujuk jangan lah patah tangan anak aku sorang ne.

Tragedi Raya 2017
Dalam perjalan nak ke Hospital. Lampin pun lampin lah

Bebekalkan lampin sebagai anduh, gelak jew EE bila balik tengok anak dia disiapkan 

Tak fikir panjang elok EE sampai rumah terus kitaorang gerak ke HTAR Klang,Tak kisahlah lama pun lama lah faham sekarang musim raya. Tapi Alhamdulillah lepas jew daftar di kunter kecemasan terus jumpa Doktor dan X-ray tangan Cik Qilah. Wow suprise miza ingat lama macam dulu kes EE  injured. Cayalah HTAR dah semakin maju, bagus-bagus tak penat nak menunggu.
 
Tragedi Raya 2017
Tulang Kanan Cik Qilah bengkok

Dah selesai X-ray barulah lega hati ne. Tapi agak terkejut bila tengok tulang tangan kanan Cik Qilah bengkok. Doktor cakap mungkin masa jatuh tu cik qilah tengah lari laju ataupun tangan kanak ampu badan masa jatuh. Mujur tak patah Tragedi Raya 2017

Tragedi Raya 2017
Anak ayah sorang ne. Boleh dia cakap nak sama tangan patah macam ayah. Adoi

Nak tak nak kena jugak simen untuk kembalikan kedudukan tulang, Doktor dah cakap awal-awal tulang kanak-kanak masih lembut dan sedang membina jadi tak perlu risau sangat. 

Cukup seminggu kita kena datang lagi untuk jumpa pakar ye Cik Qilah.


Baca Juga :



 
Previous
Next Post »

11 comments

Click here for comments
PeRdU cINta
admin
July 20, 2017 at 8:28 AM ×

Cik Qilah tetap comel...moga lepas buang simen tu Cik Qilah baik-baik sahaja...

Reply
avatar
Mimi Azirah
admin
July 20, 2017 at 8:56 AM ×

Allah...seriau tengok..nasib baik cik qilah takde pape..budak budak biase la tgh lasak kan..semoga lekas sembuh ye cik qilah

Reply
avatar
July 20, 2017 at 11:10 AM ×

Alololo kesiannya, semua cepat sembuh CIk Qilah comel ;)

Reply
avatar
Amanda Suria
admin
July 20, 2017 at 11:41 AM ×

Alahai princess aunty ni...ciyan dia dah bersimen tangan tu ha....

Reply
avatar
nini
admin
July 20, 2017 at 12:12 PM ×

Alhamdulillah..nasib baik tak apa apa..semoga cepat sembuh yer =)

Reply
avatar
July 20, 2017 at 3:14 PM ×

Allah. Nasib baik tak patah. Semoga cepat sembuh :)

Reply
avatar
July 20, 2017 at 4:24 PM ×

Moga cpt sembuh..steady je tgk mukanya

Reply
avatar
Husna Rahman
admin
July 20, 2017 at 4:55 PM ×

alolo siannya si comel ni.. lenkali hati2 dik..

Reply
avatar
July 20, 2017 at 5:08 PM ×

semoga cepat sembuh ya cik Qilah..:)

Reply
avatar
July 21, 2017 at 2:41 PM ×

Kalau dah musim raya

Siap dengan cuaca panas dan hujan silih berganti

Memang anak anak senang jatuh sakit

Klinik pun penuh saja

Doktor juga yang untung sebab pesakit ramai

Reply
avatar
July 24, 2017 at 5:00 PM ×

mujur lah x patah...anak den, patah green stick k...malam puasa thn lps.. hmm, so kesannya nmpk bengkok lah lengan tu...jnji selamat dah la...

Reply
avatar